Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday, 5 October 2013

Al Fatihah, Anak Pemain Johor Darul Takzim Meninggal Dunia

Anak sulung penjaga gol utama skuad Johor Darul Takzim (Johor DT), Adam Farish Muhammad Al-Hafiz Hamzah, 2, meninggal dunia..


Adam Farish yang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) meninggal dunia akibat akibat komplikasi paru-paru.

Muhammad Al-Hafiz yang berada di Kelantan bagi perlawanan suku akhir kedua menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini, tidak akan diturunkan.
Al Fatihah, Anak Pemain Johor Darul Takzim Meninggal Dunia

Difahamkan beliau kini dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru. Mohd Al-Hafiz pernah mengatakan, doktor memaklumkannya anaknya itu perlu mengambil masa untuk pulih.
Adam Farish Muhammad Al-Hafiz Hamzah Meninggal Dunia

Mohd Al-Hafiz juga dilaporkan akan kembali ke Kelantan bagi membantu JDT sekiranya urusan pengebumian anaknya selesai hari ini.  Semoga beliau dan keluarga tabah menghadapi dugaan dariNYA.
Al-Hafiz Hamzah tenang membawa jenazah anakanda Adam Farish ke surau berdekatan (Kg Bakar Batu) untuk disembahyangkan. 
Update- Al-Hafiz Hamzah tiba dari Kelantan lebih kurang jam 12.30 petang tadi di Kampung Bakar Batu untuk menatap wajah jenazah anakanda kesayangan, Adam Farish. Jenazah anak beliau dijangka akan bertolak ke Kedah untuk urusan pengkebumian

Adam Farish sumber inspirasi Al-Hafiz Hamzah dalam kariernya. Pencetus semangat untuk berusaha lebih keras untuk merebut posisi penjaga gol utama JDT. Al-Hafiz Hamzah tidak menyangka, pagi 5 October 2013 sebelum bertolak ke Kelantan adalah saat terakhir beliau dan Adam Farish bergurau senda.

Adam Farish kelihatan riang, menari-nari ketika bersama bapanya. Al-Fatihah kepada Adik Adam Farish, syurga dijanjikan tempatmu.  - via Fanpage Kesultanan Johor.

No comments:

Post a Comment