Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 29 October 2013

Nenek 66 Tahun Juara Angkat Berat

Seorang bekas jururawat mampu mengejutkan banyak orang dengan kehebatan prestasinya. Dirinya berjaya menjadi juara angkat besi di British pada usia tidak muda lagi, yakni 66 tahun.

Shy Pat Tombs mula berlatih angkat besi ini sejak enam tahun lalu. Ia berlatih sukan ini kerana ingin menurunkan berat badan dan meningkatkan kepercayaan dirinya.

Wanita berambut perang ini digelar The Mighty Atom oleh rakan-rakan gymnya. Pat sekarang mampu mengangkat hampir 100 kilogram, yang dua kali lebih berat dari badannya.

Pat juga berjaya meraih tiga catatan di kumpulan usianya untuk kelas squat, bench press dan deadlift pada pertandingan angkat besi di Bournemouth.

"Setelah saya memecahkan rekod di setiap kategori, hal ini membuat saya senang dan ini merupakan perasaan yang luar biasa," ujar Pat,

Saat ini Pat bekerja sebagai pelatih peribadi di tempat gym di Essex dan dia berharap kisahnya akan memberi inspirasi pesara untuk cuba olah raga angkat besi.

"Pesara adalah waktu yang tepat untuk mencuba perkara yang berbeza dan saya fikir ramai orang akan terkejut dengan kemampuan mereka.

No comments:

Post a Comment