Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 12 October 2013

Gambar: Wawa Zainal Bersama Keluarga


Susulan kontroversi yang timbul mengatakan Wawa Zainal sudah berkahwin dengan aktor, Aeril Zafrel tersebar, peminat hiburan tempatan makin menggali cerita tentang pelakon cantik ini.

Wawa yang diminati ramai selepas membintangi banyak drama dan filem terbitan Metrowealth antaranya Hantu Dalam Botol Kicap dan Tiga Temujanji mempunyai kerjaya lakonan memberangsangkan malah pernah dinobatkan sebagai Artis Terbaru Wanita Popular ABPBH 2012.

Wawa bagaimanapun mula menghilangkan diri sejak Februari dan Mac lalu atas alasan pulang ke kampung di Sabah untuk berubat penyakit misteri.


Kehilangannya mencetuskan tanda tanya hinggalah sebuah akhbar tempatan melaporkan minggu lalu, Wawa dan Aeril sebenarnya sudah bernikah pada 4 Februari dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 24 Ogos 2013.


Aeril kemudiannya menafikan isu pernikahan ini dan berjanji akan menjelaskan situasi sebenar pada Jumaat (hari ini). Sama-samalah kita nantikan apa cerita sebenarnya.

Apa pun, susulan kontroversi ini makin ramai peminat ingin mengetahui lebih lanjut tentang Wawa termasuk siapa keluarganya.

Di sini, kami kongsikan gambar Wawa bersama keluarga untuk tatapan anda. Sweet kan?

Walau apa pun yang sudah terjadi, semoga Wawa akan terus tabah.

No comments:

Post a Comment