Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday, 27 January 2014

10 Tempat Paling Sejuk Di Dunia

plateau station

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sekarang di Malaysia, kita semua mengalami fenomena unik dimana suhu menurun dengan agak drastik. Teacher Muja yang jarang berselimut kini mula bersahabat baik dengan selimut walaupun di waktu tengah hari.

Namun begitu, kesejukan yang kita rasai sekarang pasti sudah cukup panas jika dibandingkan dengan kesejukan di 10 tempat paling sejuk di dunia ini. Terdapat tempat di atau muka Bumi ini yang hanya dapat melihat matahari bersinar untuk sehari sahaja dalam setahun. Itupun kalau mereka sempat. Di sini, manusia berisiko tinggi untuk kehilangan jari kaki dan tangan kerana gigitan fros.
Oymyakon- Tempat Paling Sejuk di Rusia
oymyakon russia 400x260 300x195 10 Tempat Paling Sejuk Di Dunia
Oymyakon di Rusia adalah sebuah tempat di mana musim sejuknya berlarutan lamanya. Bulan paling sejuk dalam setahun adalah pada bulan Februari apabila suhu boleh mencapai skala Fahrenheit -96 dan skala Selsius -71.1. Sangat sejuk!
Verkhoyansk di Rusia
Verkhoyansk–Russia 400x261 300x195 10 Tempat Paling Sejuk Di Dunia
Verkhoyansk di Rusia adalah salah sebuah tempat di Rusia yang mengalami cuaca ekstreme bagi musim panas dan musim sejuk. Musim sejuk adalah musim yang paling sejuk dan bertahan lebih lama daripada musim panas. Suhu paling sejuk adalah -89.8 pada skala Fahrenheit dan -67.7 pada skala Selsius.
Fort Selkirk di Yukon, Canada
Fort Selkirk–Yukon 400x300 300x225 10 Tempat Paling Sejuk Di Dunia
Pada tahun 1950, tempat ini tandus kerana keadaan sejuk yang ekstreme. Sekarang, ia mula didiami semula tetapi tempat ini hanya boleh dilalui dengan boa atau kapal terbang. Bulan paling sejuk di Fort Selkirk ini adalah Januari dan suhu paling sejuk adalah -74 pada skala Fahrenheit.
Snag Di Yukon, Canada
Snag–Yukon 400x288 300x216 10 Tempat Paling Sejuk Di Dunia
Cuaca sangat sejuk dan membeku di tempat kecil dinamakan Snag di Kanada. Langit biasanya diselubungi oleh kabus dan angin sangat sejuk dengan fros. Bulan paling sejuk adalah Januari dan suhu tersejuk yang pernah dilaporkan adalah -81.4 pada skala Fahrenheit.
Prospect Creek – Alaska- Coldest Place in USA
Prospect Creek–Alaska 400x296 300x222 10 Tempat Paling Sejuk Di Dunia
Prospect Creek mempunyai jenis cuaca sub-artik yang bermaksud musim sejuk bertahan untuk masa yang lama dan musim panas adalah sangat pendek. Situasi cuaca adalah lebih berbahaya sekarang menyebabkan kawasan ini semakin lengang. Suhu terendah yang pernah dilaporkan adalah -79.6 pada skala Fahrenheit.
Rogers Pass – Montana, USA
Rogers Pass–Montana 400x300 300x225 10 Tempat Paling Sejuk Di Dunia
Rogers Pass menduduki tangga ke-10 tempat paling sejuk di dunia dan sangat popular dengan angsa yang terbang ke sana pada musim sejuk. Bulan yang paling sejuk adalah Mac dan April dan suhu terendah pernah dicatatkan adalah -69.7 pada skala Fahrenheit.
North Ice – Greenland
North Ice–Greenland 400x255 300x191 10 Tempat Paling Sejuk Di Dunia
North Ice berada di tangga ke-5 dalam senarai tempat paling sejuk di dunia. Suhu terendah yang pernah dicatatkan adalah -86.8F dan -66C. Suatu ketika dahulu, ia adalah nama sebuah stesen kajian.
Eismitte-Greenland
Eismitte Greenland 400x300 300x225 10 Tempat Paling Sejuk Di Dunia
Eismette terletak di sebelah dalam Artik di Greenland. Tempat ini diselaputi ais semua tempat dan digelar Mid-Ice atau Center-Ice. Suhu terendah yang pernah direkodkan adalah -84.8 pada skala Fahrenheit.
Vostok – Antarctica
Vostok–Antarctica 400x213 300x159 10 Tempat Paling Sejuk Di Dunia
Vostok adalah terletak pada kutub ke Rusia Selatan dan mengalami suhu paling sejuk. Bulan tersejuk di Vostok adalah pada bulan Ogos di mana suhu terendah dilaporkan -128.6 pada skala Fahrenheit dan -89.2 pada skala Selsius.
Plateau Station – Antarctica
Plateau Station antartica 400x306 300x229 10 Tempat Paling Sejuk Di Dunia
Selepas Vostok, Plateau Station adalah tempat kedua paling sejuk di dunia dan ditutup pada tahun 1969. Bulan paling sejuk adalah Julai dan suhu paling rendah pernah dilaporkan adalah -119.2 pada skala Fahrenheit.
Kalau suhu kita yang tiba-tiba turun ke 20 darjah Selsius ni pun dah rasa macam tak tahan, dah buat Teacher Muja selesema dan batuk, apatah lagi mereka yang tinggal di kawasan seperti di atas. Alhamdulillah. Kita ditakdirkan tinggal di tempat yang aman dan selesa. Wassalaam.

No comments:

Post a Comment