Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday, 25 January 2014

Kisah Anak Bengong Derhaka Berhati Binatang

Kisah Anak Bengong Derhaka Berhati Binatang

Begitulah selayaknya disifatkan seorang anak yang tergamak membaling batu bata ke arah ibu kandungnya, malah lebih melampau, dia turut mengugut akan mencederakan mangsa menggunakan gunting, dalam satu kejadian di Kampung Encik Hassan, Gelugor Kedai, di sini, kelmarin.
Lebih tidak berperikemanusiaan, suspek berusia 25 tahun seperti hilang kewarasan apabila memaki hamun ibu malang berusia 59 tahun itu dengan perkataan kesat, selain cuba memukul mangsa menggunakan sebatang kayu. Menurut sumber, lebih menyedihkan, suspek yang tidak memiliki sebarang pekerjaan itu langsung tidak berhati perut apabila terus menyerang ibunya yang ketika itu baru selesai menunaikan solat Maghrib, iaitu kira-kira jam 7.30 malam.
“Mangsa yang baru selesai solat Maghrib, malah dipercayai masih tidak sempat berdoa didatangi anak lelakinya dalam keadaan marah-marah dan mengamuk hendak memukulnya menggunakan sebatang kayu. “Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana sempat mengelak dan melarikan diri dalam keadaan masih bertelekung,” katanya. Ikuti kisah lanjut Anak berhati binatang.
Sumber berkata, suspek yang dipercayai tidak berpuas hati kerana mangsa tidak memberikan wang yang diminta sebelum ini turut membaling batu bata ke arah mangsa yang ketika itu sedang melarikan diri, namun tidak kena kerana sempat mengelak. “Disebabkan usahanya untuk mencederakan mangsa gagal, suspek melepaskan geram dengan mengugut akan mencederakan ibunya menggunakan gunting sambil mengacukan ke arah mangsa. Selami kisah ibu dan anak.
“Melihatkan keadaan anaknya yang seperti orang gila itu, mangsa nekad melarikan diri dengan keluar dari rumah sambil menjerit sekuat hati meminta tolong daripada jiran tetangga,” katanya. Bimbang keselamatan dirinya pada masa akan datang, mangsa dengan bantuan jiran membuat laporan polis di Balai Polis Chabang Tiga, di sini, beberapa jam selepas kejadian. Hormatilah ibu selayaknya dan hindari Kisah Anak Bengong Derhaka Berhati Binatang.

No comments:

Post a Comment