Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday, 25 January 2014

Cara Cara Lelaki Mengungkapkan Cinta

Cara Cara Lelaki Mengungkapkan Cinta. Cinta Islamik. Cinta Selepas Nikah. Cinta Disisi Islam. Ungkapkan Cinta. Lafazkan Cinta. Lafazkan Cinta Kepada Lelaki.

Admin punya post hari ni nak ceritakan Cara Cara Lelaki Mengungkapkan Cinta. Ada macam macam cara untuk lelaki ungkapkan rasa cinta dia dekat seseorang yang disayanginya. Kalau ada perempuan yang tengah baca entry mohon baca fahami betul betul, mana tahu kekasih hati korang tengah buat tapi korang tak perasan ke. hehe sila lah sambung baca :

Cara Cara Lelaki Mengungkapkan Cinta

Bukan mudah untuk kita jatuh cinta, dan bukan mudah untuk melafazkan cinta. Terutama bagi lelaki yang benar-benar jujur dan serius dalam sesuatu perhubungan. Selain bagi lelaki yang sangat menitik beratkan soal hati dan perasaan bukan mudah baginya membuat keputusan untuk meluahkan rasa cintanya jika ia tidak yakin terhadap perasaannya sendiri. Oleh itu, kita perlu tahu bagaimana seseorang lelaki itu mengungkapkan cintanya pada kita.

Sungguh-Sungguh Aku Cinta Padamu .

Bagi lelaki sebenarnya mengatakan tiga perkataan ini merupakan sebuah langkah besar kerana lebih dari sekadar mengekspresikan perasaan.Bagi sesetengah lelaki pula,cinta terasa seperti sebuah komitmen hidup dan bagi sesetengah orang penuh dengan bahaya.Takut penolakan menjadi alasan lelaki enggan mengatakan cinta kerana penolakan bagi sebahagian besar lelaki sangat menyakitkan.Sebahagian besar lelaki perlu merasa aman dalam sebuah hubungan sebelum dia berani mengatakan kata-kata tersebut.
Ada lelaki lain mengungkapkan aku cinta padamu bererti aku menawarkan sebuah komitmen dan bagi banyak lelaki cinta diungkapkan melalui tindakan sehingga kata-kata itu adalah sebuah janji yang harus diikuti. Ketika beberapa lelaki menyatakan aku cinta padamu bererti aku tidak akan meninggalkan atau aku akan selalu setia .Ini mungkin ditakuti beberapa lelaki kerana mereka merasakan kata-kata itu sebuah janji yang jika janji itu tidak dipenuhi mereka akan menderita.

Menunjukkan Kasih Sayang

Kasih sayang boleh mendefinisikan sesuatu dari memegang tangan, mengelus sampai bercinta. Sebenarnya sebahagian besar lelaki boleh dengan mudah mengungkapkan perasaan mereka selama bercinta. Hal ini kerana setelah merasa dekat mereka berasa seolah-olah telah mencintai. Kontak fizikal akan menghancurkan halangan dan memberikan perasaan dekat hingga tidak mudah diperoleh dalam cara lain. Ini boleh menjadi satu masalah yang rumit kerana seks boleh membawa maksud hal berbeza bagi setiap individu.
Sebahagian besar memerlukan kasih sayang termasuk seks kerana dengan inilah membuat mereka mencintai .Tetapi beberapa wanita bahkan perlu mendengar kata cinta diucapkan sehingga ketika seorang lelaki terbuka dan memberikan kasih sayang dengan seorang wanita, inilah cara dia mengungkapkan cinta. Baginya cinta bererti saling bertemu.

Mengenalkan Pada Keluarga

Cara lain mengungkapkan aku cinta pada mul a adalah dengan membawa anda ke rumah untuk bertemu keluarga, kerabat dan temannya. Ini bererti sebuah petunjuk bahawa lelaki memiliki perasaan lebih dalam terhadap anda. Tidak hanya dia bangga terhadap anda, tetapi dia juga ingin menghubungkan anda dengan orang-orang yang rapat dengannya hingga anda menjadi sebahagian daripada hidupnya. Jika tidak, ini suatu tanda perasaan yang serius, dan anda perlu menanyakannya.

Memberi Tanda Sayang

Hadiah boleh merupakan ungkapan sayang oleh lelaki. Ada banyak jenis hadiah berbeza yang seorang lelaki biasa berikan, boleh jadi manisan, bunga, coklat dan catatan khusus. Tetapi ada hal lain yang wanita sering kali tidak menyedarinya. Bagi beberapa lelaki, menghabiskan masa merupakan bentuk hadiah. Ketika seorang lelaki banyak menghabiskan sama bersama, inilah cara dia mengatakan bahawa dia memilih anda untuk dicintai.
“Dunia Lelaki”
Admin sebagai lelaki ada juga buat macam ni tapi korang kena ikutlah syariat. Jangan terlalu ikutkan perasaan nanti mati, kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah, nescaya Allah akan jaga hubungan kita dengan kekasih kita. Admin doakan yang tengah hangat bercinta, jaga jaga jangan sampai kena tangkap basah. Apa apa pun jom ikuti sambungan untuk “Tanda Wanita Jatuh Cinta Pada Seseorang Lelaki“

No comments:

Post a Comment