Teringat pulak kenangan temuduga kemasukan ke Institut Pendidikan Guru zaman muda dulu.
Admin yakin yang semua daripada kita pernah melalui atau akan melalui sekurang-kurangnya sekali pengalaman temuduga. Kalau bagi pelajar, biasanya temuduga untuk kemasukan ke pusat pengajian. Namun begitu, yang lebih kritikal adalah temuduga untuk mendapatkan pekerjaan yang selalunya meminta kepada pengalaman.
Untuk melalui pengalaman temuduga yang baik, kita haruslah tahu perkara-perkara penting semasa temuduga yang akan ditekankan oleh para penemuduga. Moga dengan mengetahui semua ini akan dapat membantu penyediaan kita menghadapinya dengan cemerlang. Insya ALLAH.
Pendapat Bekas Teman Sekerja
Perkara paling penting yang paling ingin diketahui oleh penemuduga adalah pendapat pengurus dan teman sekerja di tempat kerja kita terdahulu. Biasanya, mereka akan mengambil tahu tentang prestasi kerja, etika kerja dan perangai kita secara keseluruhan. Jadi, sentiasa berbaik dengan semua orang ye.
Pergaulan Dengan Orang Sekeliling
Satu lagi perkara penting bagi penemuduga adalah kemampuan kita untuk bergaul dengan orang lain. Hal ini penting kerana apabila kita bekerja, kita perlu berkomunikasi dengan baik dengan orang sekeliling terutama ahli kumpulan kerja kita dan para pelanggan. Komunikasi itu kunci.
Sangat Pentingkan Setiap Perkara Walaupun Perkara Kecil
Perkara kecil yang dimaksudkan termasuklah keupayaan kita menepati masa untuk membuat perkara yang ditugaskan dan perkara-perkara yang besar. Keupayaan untuk menepati setiap ciri-ciri termasuklah yang selalu dianggap tidak penting adalah penting untuk prestasi syarikat.
Integriti
Integriti ini termasuklah kejujuran dalam bekerja. Keikhlasan dan kekuatan diri kita untuk memikul amanah yang akan diterima apabila diberikan pekerjaan. Jika terbukti kita mempunyai integriti yang tinggi, insya ALLAH penemuduga akan nampak kualiti tersebut dalam diri kita dan memilih kita.
Etika Kerja
Apabila menemuduga, penemuduga akan menguji juga sama ada kita akan berupaya untuk menahan bebanan kerja dan tidak akan mudah mengalah dengan tekanan kerja yang bakal timbul. Setiap pekerjaan ada tekanan tersendiri. Terpulang kepada kita untuk menguruskan dan menggunakannya supaya membuahkan hasil yang positif.
Berilmu Dan Yakin Pada Diri
Penemuduga mencari pekerja yang sentiasa berasakan diri boleh melakukan daripada pekerja yang penuh dengan alasan. Mereka yang mudah mengalah mempunyai peluang yang besar untuk gagal dalam setiap temuduga kecuali jika berlakunya keajaiban.
Menyiapkan Apa Sahaja Tugasan Walaupun Banyak Masalah Timbul
Penemuduga juga mencari pekerja yang akan berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan sesuatu tugasan daripada mereka yang cepat mengalah. Pekerja yang baik adalah mereka yang kreatif dan inovatif. Semua masalah ada penyelesaian katanya.
Sedar Diri
Seperti manusia lain, penemuduga juga manusia yang sukakan mereka yang tahu kekuatan dan kelemahan mereka. Lebih baik lagi, mereka yang pandai menggunakan kekuatan dan kelemahan tersebut untuk menghasilkan sesuatu yang hebat dan di luar jangkaan. Sedar diri adalah penting!
Prestasi Di Tempat Kerja Lama
Prestasi kerja kita di tempat kerja sebelumnya juga akan disiasat. Mungkin juga pihak penemuduga akan menghubungi tempat kerja lama untuk memastikan prestasi kita di sana adalah baik. Hal ini sangat penting kerana tiada siapa yang mahu mengambil seseorang pekerja yang tidak bekerja atau suka membuat onar.
Betapa Kerja Yang Dipohon Itu Diperlukan
Majikan semestinya ingin mengetahui sama ada kita benar-benar memerlukan dan menginginkan pekerjaan tersebut. Mereka tidak mahu seseorang yang akan masuk bekerja selama tiga bulan dan berhenti. Komitmen itu perlu!
Tip ini lebih kepada mereka yang pernah bekerja dan ingin menghadiri temuduga bagi memohon pekerjaan yang baru. Bagi yang baru hendak memulakan kerja juga boleh mengambil tip ini kat mana-mana yang berkenaan. Tak salah menimba ilmu lebih awal. Mungkin kamu juga akan berpindah tempat kerja nanti.
Wassalaam
No comments:
Post a Comment