Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday, 25 January 2014

Perempuan Tak Boleh, Kenapa Lelaki Boleh

Perempuan Tak Boleh, Kenapa Lelaki Boleh. Tak aci! Lelaki boleh. Perempuan tak boleh keluh seorang remaja puteri apabila dinasihati ibunya agar tidak


Tak semua benda yang lelaki boleh buat perempuan pun boleh buat, contoh macam angkat barang yang berat, kuderat perempuan takat mana lah sangat untuk angkat benda benda berat. Sama jugak seperti lelaki, lelaki tidak akan pernah mengandung, kerana hanya perempuan saja yang boleh mengandung dan beranak.
Perempuan Tak Boleh, Kenapa Lelaki Boleh ? | “Tak aci! Lelaki boleh. Perempuan tak boleh,” keluh seorang remaja puteri apabila dinasihati ibunya agar tidak memakai baju berlengan pendek ketika keluar rumah.
“Mana adil! Orang perempuan boleh enjoy duduk rumah,” rungut hati seorang remaja lelaki apabila ayahnya mengajak ke masjid.
Adakah lelaki dan perempuan sama?

APA YANG SAMA?

Ada yang sama. Ada yang berbeza. Bukan sama secara mutlak. Bukan juga berbeza secara mutlak.
Antara aspek yang sama ialah dari segi nilai kemanusian. Kedua-dua lelaki dan perempuan adalah manusia. Perlu dilayan sebagai seorang manusia. Bukan dipandang seperti syaitan yang hanya ada keburukan. Atau dipandang seperti malaikat yang perlu sempurna dan tiada dosa.
Seterusnya aspek bertanggung jawab terhadap dosa dan pahala sendiri, sama sahaja antara lelaki dan perempuan. Lelaki yang mencuri perlu dihukum. Begitu juga perempuan yang mencuri. Perempuan yang berzina perlu dihukum. Begitu juga lelaki yang berzina. Kedua-dua lelaki dan perempuan akan balik berjumpa Allah dan disoal amalan masing-masing. Bukan lelaki sahaja yang akan disoal. Bukan juga perempuan sahaja yang akan disumbat ke neraka.

MANA YANG BERBEZA?

Antara aspek yang berbeza pula ialah dari segi beberapa tuntutan peranan. Ada pengkhususan masing-masing. Ada pembahagian tugas oleh Allah SWT. Contohnya, tuntutan berpenampilan. Wanita mesti menampakkan kewanitaannya. Lelaki mesti menampakkan kelelakiannya. Oleh sebab itu, hal berpakaian, berdandan atau menggunakan perhiasan, tidak sama antara lelaki dan perempuan.
Wanita dan lelaki saling memerlukan. Masing-masing ibarat baju dan seluar. Isu-isu wanita perlu diambil berat oleh lelaki seakan-akan mengambil berat terhadap seluarnya sendiri. Isu-isu lelaki perlu diambil berat oleh wanita seakan-akan mengambil berat terhadap bajunya sendiri. Jika konsep dan kedudukan wanita misalnya, tidak dimengerti oleh golongan lelaki, ia akan menatijahkan ketempangan pemahaman dan persepsi. Sukar untuk saling kuat-menguatkan apabila diterjah banyak prasangka tanpa ilmu yang benar.
“Apalah perempuan ini pakai tudung berwarna-warni. Ini tabarruj,” sangka lelaki tanpa asas ilmu yang jelas tentang maksud tabarruj. Banyak khilaf mengenainya. Ulama bermanhaj pertengahan mentakrifkan ‘tabarruj’ ialah sengaja mendedahkan apa yang sepatutnya ditutup.
“Lelaki ini tidak pakai jubah, tidak mengikut sunnah,” bisik hati seorang perempuan tanpa asas ilmu yang jelas tentang konsep berpakaian mengikut sunnah. Pakaian yang ditunjukkan oleh sunnah ialah pakaian yang prinsipnya menutup aurat, perlaksanaannya fleksibel mengikut uruf atau adat yang pelbagai.

APABILA SALAH PERSEPSI

Tuduh-menuduh, label-melabel, hukum-menghukum seumpama ini senang disaksikan terutamanya di alam maya. Tidak kira oleh golongan remaja atau dewasa. Semuanya berpunca daripada salah persepsi. Atau menganggap orang lain faham seperti yang kita faham. Apa yang kita faham itu pula boleh jadi banyak tafsiran dan penjelasannya, bukan hanya ada satu maksud sahaja.
Tatkala lelaki dan perempuan saling memiliki persepsi yang berbeza tentang kedudukan, peranan, dan tanggung jawab, mereka jadi sukar serasi dalam pelbagai urusan termasuklah urusan berumah tangga, kegiatan kemasyarakatan, kenegaraan dan pelbagai bentuk dakwah secara umum.
“Anak perempuan perlu duduk rumah saja,” tegas seorang ayah.
“Tapi Islam benarkan wanita menuntut ilmu. Saya ingin belajar hingga Ph. D,” rayu anak gadis remajanya.
“Anak wajib taatkan ayah!” Si ayah menzip mulut anak gadis dengan kuasa vetonya.
Persepsi yang benar dan komunikasi berkesan dapat menyelesaiaan masalah seumpama ini. Wacana yang pertengahan sering kali mampu mendamaikan banyak sengketa dalam isu-isu wanita tatkala berhadapan dengan perbezaan pendapat.
Orientasi kemudahan menjadi watak syariat Islam secara keseluruhan. Berbahagialah ayah yang memudahkan anaknya. Berbahagialah anak yang memudahkan ayahnya.

ISU PURDAH

“Sekarang ramai lelaki fasik. Wanita yang tidak pakai purdah sengaja nak pamer-pamerkan kecantikan,” lontar satu pendapat.
Pendapat lain pula mengatakan, “Wanita dibolehkan membuka muka dan tapak tangan. Jika ada lelaki tergoda, lelaki itu yang perlu menundukkan pandangannya. Bukan wanita itu yang diwajibkan mengenakan purdah. Kecantikan wanita subjektif. Setiap pandangan mempunyai tafsiran berbeza. Islam menyuruh wanita menutup aurat tapi bukan dengan cara yang boleh menyusahkannya.”
Berpurdah itu suatu pakaian yang baik dan menutup aurat. Oleh sebab kita perlu memilih antara yang baik dengan yang terbaik, penulis lebih selesa mengambil pandangan golongan yang mempertimbangkan pelbagai perkembangan realiti zaman ini. Ia sangat berbeza dengan realiti pada zaman kenabian. Contohnya, dulu wanita bermusafir dengan unta tapi hari wanita bermusafir dengan kapal terbang.
Penulis raikan pendapat yang berbeza ini. Mana yang perlu dipilih? Pendapat kedua bagi penulis lebih jelas hujah syar’iyahnya dan lebih realistik. Syariat Islam tidak berorientasikan kesulitan pada konsep dan aplikasinya kerana ia tidak cucuk dengan misi besar kehadiran Islam sebagai rahmat bagi semester alam. Penulis tetap akui, setiap pilihan ini insya-Allah masih tetap dalam daerah pahala.

PILIHLAH PANDANGAN YANG MUDAH

Para ulama Islam sejak dahulu sehingga sekarang mempunyai banyak pandangan terhadap isu-isu lelaki dan perempuan. Kita pula harus memilih. Penulis lebih tenang memilih pendapat yang moderat, sebagaimana orientasi syariat Islam yang menganjurkan umatnya mengambil yang mudah, bukan yang susah.
Firman Allah SWT, “Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan Dia tidak mengkehendaki kesulitan bagimu.” (Al-Baqarah: 185).
Allah juga memujuk rasa-rasa hati kita dengan kata-Nya,
“Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.” (Al-Haj: 78).
Ada pendapat yang membincangkan tentang keterlibatan wanita dalam aktiviti kemasyarakatan.
“Tempat wanita di rumah. Kami ada dalil al-Quran. Wilayah wanita hanyalah untuk domestik kekeluargaan sahaja. Wanita jangan muncul di media, TV dan radio kerana ia samalah dengan wanita berpeleseran di mana-mana,” lontar satu pendapat.
Pendapat ini membuatkan remaja-remaja wanita dan anak-anak gadis di IPT keliru tentang masa depannya. Perlukah kami belajar sehabis baik sedangkan kami hanya perlu menggunakan ilmu rumah tangga sahaja untuk masa depan kami? Perlukah kami menyambung pelajaran hingga ke peringkat tertinggi?
Mungkin pendapat kedua ini ada jawapannya.
“Wanita sejak zaman Rasul dibolehkan keluar dari rumahnya selama ada keperluan yang makruf dan aman dari fitnah. Kenapa kita bersangka buruk wanita yang muncul dalam media itu sebagai sedang berpeleseran? Padahal kita boleh bersangka baik bahawa dia sedang menunaikan tuntutan amar makruf dan nahi mungkar. Dakwah itu luas cara dan medannya, dengan perbuatan, kata-kata, lisan atau tulisan, bahkan dengan gambar, video dan media juga,” lontar pendapat yang lain.
Saidina Umar berpesan, “Jangan kamu sangka buruk terhadap kalimat orang Muslim, padahal engkau dapat membawanya kepada makna yang lebih baik lagi.”
Jaafar bin Muhammad, “Jika sampai kepadamu sesuatu yang engkau ingkari tentang saudaramu, maka carilah satu uzur baginya, sampai tujuh puluh uzur. Jika tidak, katakan “Barangkali dia punya uzur yang tidak aku ketahui.”
KERJAYA DAN KEPIMPINAN WANITA
“Wanita jangan berkerjaya. Wanita jangan menjawat jawatan penting dalam kepimpinan sesuatu organisasi. Wanita hanya perlu jaga anak dan suami, cukuplah. Dia sudah ada tiket ke syurga,” lontar satu pendapat.
“Islam tidak menyekat secara mutlak kepimpinan wanita. Siapa cerdik, dialah berhak memimpin, tak kira lelaki atau perempuan. Cuma, jawatan tertinggi dalam negara diberi pada lelaki. Begitu juga jawatan tertinggi dalam sesebuah keluarga, dipikul oleh lelaki. Wanita merupakan separuh daripada anggota masyarakat. Sudah tentu masyarakat sangat perlukan tenaga dan sumbangannya dalam sesuatu kerjaya, asalkan wanita itu tahu batas dan adab,” lontar pendapat yang lain.
Nabi memberi petunjuk, “Sebaik-baik urusan agamamu ialah yang paling mudah.” (HR. Thabrani).
Aisyah r.ha memberitahu kita, “Tidaklah Rasulullah SAW dihadapkan kepada pilihan antara dua hal, kecuali baginda memilih yang lebih mudah, asalkan bukan dosa.” (HR Bukhari Muslim).
Pendapat yang kedua ini bagi penulis lebih releven dengan keperluan pergerakan dakwah kontemporari kerana berubahnya zaman dan kondisi. Ia menuntut penyertaan wanita muslimah dalam pelbagai lapangan yang sesuai dengan fitrahnya.
Peranannya tidak hanya terbatas dalam domestik keluarga bahkan jika dia ada kepakaran dia boleh terjun dalam aktiviti social kemasyarakatan, ekonomi, politik dan pemerintahan, amar makruf dan nahi mungkar. Bukan untuk menyaingi lelaki tetapi memenuhi keperluan masyarakat.
KESIMPULAN
Cantiknya Allah mengadun kehidupan ini dengan ramuan yang pelbagai. Ada persamaan. Ada perbezaan. Ada yang disepakati. Ada yang dibenarkan berbeza. Siapa yang lebih berbaik sangka kepada Allah dan orang lain, dialah yang akan lebih bahagia. Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment