Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday, 27 January 2014

Budak Didera Oleh Ibu Kandung Dengan Menggunting Lidah Dan Bibir

Budak Didera Oleh Ibu Kandung Dengan Menggunting Lidah Dan Bibir

Adit, seorang budak yang berasal dari Tanjung Batu Kabupaten Rokan Hulu dijumpai oleh seorang peniaga sayur pada hari Minggu (15/12) lalu di sebuah kawasan ladang kelapa sawit. Ketika ditemui keadaan Adit dalam keadaan berdarah-darah. Kanak-kanak bernasib malang ini diseksa oleh ibu kandungnya sendiri. Siapa saja yang melihat keadaan Adit pasti tak sanggup.

Dipetik dari merdeka.com, tubuh Adit nampak sangat membimbangkan. Banyak kesan luka di sekujur tubuhnya. Sehingga bahagian lidah, bibir, dan kemaluan Adit di penuhi luka akibat digunting oleh ibunya.
Bibir bawah Adit membengkak dan dipenuhi kesan luka. Semasa disuap makanan, kelihatan lidahnya kesan ada pemotongan. Budak ini menangis ketika makan kerana merasa pedih lidah dan bibirnya.
Adit tetap makan walau gerakan mulutnya kelihatan pelahan. Budak ini terus menangis. Sesekali dia meminta minta sayur daging ayam.
Budak Didera Oleh Ibu Kandung Dengan Menggunting Lidah Dan Bibir2 Budak Didera Oleh Ibu Kandung Dengan Menggunting Lidah Dan Bibir
“Semasa saya tanya, Adit mengatakan lidahnya pernah digunting ibunya. Bibirnya yang bengkak juga dia akui digunting ibunya,” kata DAHNIAR.
Tidak hanya itu saja, bahagian kepala terdapat beberapa luka yang kini telah dirawat pihak hospital. “Di kepalanya ada empat bekas luka dan berlubang. Salah satu luka itu sudah bernanah,” kata DAHNIAR.
“Adit ditemui sedang bersendirian ketika berada di jalan kawasan kebun sawit oleh seorang pemuda peniaga sayur. Kemudian ia dirawat oleh seorang buruh yang bersedia merawatnya, namun atas nasihat penduduk akhirnya Adit dibawa ke RS tandun pada Isnin pagi dan dirujuk ke RSUD Bangkinang pada malam harinya, “ujar Kapolres Kampar, AKBP Ery Apriyono.

No comments:

Post a Comment