Bagaimana patung lilin boleh betul-betul menyerupai manusia yang diwakilinya?
Namun begitu, ternyata keindahan hasil kerja patung lilin tidak berkekalan kerana bahan yang membuatnya. Apabila sampai suatu masa, mereka akan berubah dan tidak lagi menyerupai bentuk seorang manusia. Contoh jelas boleh dilihat di bawah. Patung lilin paling buruk di dunia yang sanggup dibeli oleh seorang pembeli misteri.
Sesiapa sahaja yang membeli patung lilin yang sangat buruk ini mungkin sedang menderita krisis identiti.
Koleksi patung lilin paling buruk di dunia ini telah direbut oleh seorang pembeli misteri dari Czech Republic, setelah hanya setahun selepas ia ditutup kerana terlalu banyak ejekan yang diterima.
150 model patung lilin Jane dan Peter Hayes yang menelan belanja sehingga £1,000, dipersendakan dengan teruk kerana mereka kelihatan sangat berbeza dengan manusia yang diwakili olehnya.
Ramai pelancong hanya membayar £5 bayaran masuk untuk memerli hasil kerja daripada lilin itu, termasuklah selebriti, bintang sukan dan keluarga Diraja.
Jane, 83, yang masih hidup di atas bekas tarikan di Great Yarmouth, Norfolk, dengan Peter yang berusia 86 tahun berkata;”Semua model, mesin dan bingkai dijual dengan sekali harung.”
“Saya tidak begitu mengenali lelaki itu tetapi dia mengambil semuanya. Kami terpaksa meninggalkan bangunan itu kerana kami tidak mampu membayar £7,500 setahun untuk kadar perniagaan.”
“Kami tidak bercadang untuk berpindah dan kami sangat merindukan perniagaan itu. Tetapi saya dan suami saya sakit dan merasakan yang ianya bodoh untuk diteruskan.”
“Kami mengalami banyak tekanan dan saya berasa sedikit jengkel apabila orang tempatan tidak bersama kami lebih lama.”
Bangunan dari abad ke 19 yang menempatkan Louis Tussauds House of Wax, yang dinamakan sempena cucu lelaki Madame Tussauds, dijual pada harga £375,000.
Peter yang menguruskan muzium itu selama 57 tahun, mengakui pada tahun 2008, model menjadi tua dan tidak lagi kelihatan seperti hidup.
Para pelawat susah mengecam patung lilin Putera Charles, The Queen, Cliff Richard, Sean Connery dan The Beatles. Muzium tersebut ditutup pada bulan Oktober, 2012.
No comments:
Post a Comment