Ramai antara kita menghabiskan masa bertahun-tahun membina kerjaya dan mengembangkan potensi diri yang ada dalam diri sebagai seorang individu melalui pengalaman bekerja. Namun begitu, adakah berbaloi kita menghabiskan masa kita yang berharga dengan perkara yang kita lakukan itu? Adakah kita pasti akan sampai masanya kita akan yakin berkata “Setakat ini aku dah berjaya”? Mungkin tidak.
Jadi, di bawah ini adalah 5 alasan untuk kita berhenti kerja. 5 alasan untuk kita tamatkan segala bebanan di jiwa.
Keadaan suasana tempat kerja makin buruk
Organisasi yang menjadi tempat kamu bekerja akan muflis atau kita telah terdengar tentang perkara tersebut walaupun masih tidak rasmi. Jangan berlengah. Tinggalkan segalanya semasa keadaan masih baik dan semasa kamu masih sempat. Moga ini akan menyelamatkan kamu dari bebanan di masa hadapan.
Bos yang suka mengarah dan memperhambakan pekerja
Hubungan kamu dengan bos kamu di tahap kemuncak. Kamu telah cuba sedaya upaya untuk memperbaikinya tetapi semakin lama keadaan semakin memburuk. Malah, kamu juga tahu yang jika dibiarkan, perkara ini akan merosakkan prestasi diri dan hubungan kamu dengan orang lain juga.
Masa untuk berubah kepada yang lebih baik
Kehidupan kita mesti sentiasa berubah ke arah kebaikan. Misalnya, apabila kita mula mempunyai anak. Pada masa itu, kehidupan kita pastinya akan berubah secara sepenuhnya. Kita perlukan rumah yang lebih besar. Jangan terlalu selesa dengan apa yang kamu ada. Sentiasa lakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Keluarlah dari zon selesa.
Sudah cuba, masih tidak sesuai juga
Budaya korporat yang kamu lalui sangat jauh berbeza dengan sistem kepercayaan diri kamu. Tidak kiralah berapa kuat kamu mencuba untuk menyesuaikan diri, kamu mendapati kamu tidak selesa dengan suasana persekitaran di mana kamu menghabiskan masa yang panjang di situ. Hal ini bukan sahaja menghancurkan produktiviti, bahkan turut memusnahkan kredibiliti kamu sebagai seorang pekerja.
Apabila kamu menjumpai kerja yang bebas
Kamu bangun dari tidur dan tidak pergi ke tempat kerja. Mungkin matlamat kamu sudah beralih dan kepentingan kamu sudah berubah. Yang pasti, apabila kamu melakukan sesuatu perkara yang tidak diingini, kamu tidak akan melakukannya dengan baik.
Dalam apa-apa jua yang kita lakukan, pastikan kita sudah memikirkan baik dan buruknya. Baiknya kita nikmati, buruknya kita cari penyelesaian. Betulkan niat. Insya ALLAH, yang terbaik milik kita. Amiin.
No comments:
Post a Comment