Hanya mampu menulis. Jom kita saksikan karya seni yang dihasilkan dengan menggunakan buku-buku lama. Memang sangat menakjubkan.
Brian Dettmer adalah seorang artis Amerika yang suka memanipulasikan buku-buku lama untuk dijadikan karya seni 3 dimensi yang original. Beliau mengambil mana-mana buku lama dan menukarkan menjadi karya seni yang sangat halus dan dihasilkan dengan penuh ketelitian dengan melakukan ‘autopsi buku’ atau mengukirnya dengan penuh berhati-hati menggunakan pisau, pencukur dan peralatan-peralatan yang lain. Kebanyakan karyanya pula lebih memfokuskan kepada ensiklopedia, jurnal medikal, buku-buku ilustrasi dan kamus.
Dettmer menerangkan proses yang dilaluinya dalam websitenya.
‘Dalam pekerjaan ini, saya bermula dengan buku yang ada dan membalut bucunya untuk menghasilkan satu saluran yang tertutup, yang penuh dengan kualiti yang ditemui. Saya memotongnya ke dalam permukaan buku dan membelahnya dari muka depan. Saya menggunakan pisau, pencukur dan alat-alat pembedahan untuk mengukir satu muka surat pada satu masa, mendedahkan setiap lapisan semasa memotong di bahagian gambar dan imej yang saya inginkan. Tiada bahagian dalam buku yang diubah lokasinya atau ditambah, hanya dibuang. Hasil kerja sama adalah menggabungkan material sedia ada dengan pencipta sebelumnya dan hasil yang telah siap menonjolkan hubungan elemen dalam buku yang baru, sama seperti konsep original yang sebelumnya.’
Ternyata begitu sekali kreativiti seseorang boleh menghasilkan karya yang sangat menakjubkan. Tinggalkan kerja kuat tanpa kenal erti putus asa yang menentukan sama ada minat seseorang itu boleh menghasilkan sesuatu yang bernilai dan bermakna atau terbiar tanpa sebagai kegunaan. Oleh itu, jangan sia-siakan setiap bakat yang ada. Asahlah ia dengan harapan ia boleh menjadi sesuatu yang cukup bermakna buat kita. Boleh menjadi sumber pendapatan juga. Hehehe.
Doakan kejayaan Teacher Muja dalam peperiksaan akan datang. Ada tiga lagi kertas peperiksaan untuk semester ini. Moga kita berjaya k. Amiiin. Wassalaam.
No comments:
Post a Comment