Hari ini Admin ingin kongsikan sedikit petua. Walaupun jarang guna tetapi tetap ada manfaatnya. InsyaAllah akan mudah untuk hilang kesan minyak tersebut.
Kesan tompokan minyak yang terkena pada pakaian berwarna putih memang sukar dihilangkan. Kerap kali juga kita menggunakan bahan peluntur sehingga ada yang memudarkan warna pakaian tetapi kesan tompokan minyak tidak juga hilang.
Terdapat pelbagai petua untuk menghilangkan kesan minyak tersebut. Cara mudah untuk mengatasinya ialah sapukan sedikit marjerin pada pakaian yang terkena tompokan minyak, biarkan seketika barulah dicuci seperti biasa.
No comments:
Post a Comment