Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Admin mengaku yang Admin sendiri tidak pernah menonton cerita The Hobbit ni, tetapi hasil kerja seorang nenek ini sangat menakjubkan untuk dikongsi dengan semua.
Orang kenit, naga atau ahli sihir, tiada yang menjadi “impian yang keterlaluan” untuk nenek ini, yang telah mengait berdozen dozen patung watak filem trilogi The Hobbit yang sangat menakjubkan.
Seorang perajut amatur telah membuatkan bintang filem The Hobbit sangat terpegun dengan hasil tenunan tangan. Sangat menakjubkan apabila, Denise, dari Penyfai, Wales Selatan, tidak melakukan apa-apa set corak dan menghasilkan design itu sendiri.
“Semuanya datang dari kepala saya tetapi sekarang saya telah mula menuliskan mereka,” terang Denise.”Saya agak sukakan cabaran. Sebahagian daripada mereka mengambil masa yang agak lama, Smaug ambil masa sebulan. Manusia mengambil masa sehari atau sehari setengah.”
Watak yang dirajut termasuklah Bilbo Baggins, Gandalf dan Smaug The Dragon- hasil kerja yang telah menawan hati para peminatnya seluruh dunia.
Gambar yang dipos ke akaun Twitter Denis telah memperlihatkan hasil kerjanya dipuji oleh bintang The Hobbit, Graham Mc Tavish dan Stephen Hunter. Kerjanya berkembang lagi apabila beliau juga mengait bekas presiden Amerika, President Abraham Lincoln dan pelakon Audrey Hepburn.
Selepas berhenti merajut semasa usianya masih belasan tahun, nenek kepada seorang cucu ini digalakkan untuk menyambungnya lagi untuk menghasilkan 150 hadiah untuk para tetamu semasa perkahwinan anak perempuannya, Lisa.
Dengan peristiwa inilah Denise berminat semula untuk mengait watak-watak The Hobbit dan beliau tidak lagi berpaling ke belakang sekarang.
Setiap manusia ada bakat dan minat masing-masing. Yang penting kita perlu mencari apa keistimewaan yang ada pada diri kita. Jangan terlalu merendah diri walaupun berbangga diri juga tidak baik. Wassalaam.
No comments:
Post a Comment