Pada normalnya jagung mempunyai warna kuning keemasan, namun seorang petani berasal dari Amerika Syarikat telah berjaya memciptakan jagung unik dengan warna-warni seperti pelangi. Cerita ini bermula oleh Carl Barnes, seorang rakyat Amerika keturunan Indian Cherokee dan Scotland. Barnes dikenali mempunyai bakat dalam hal nurseri jagung – kemampuannya dalam memilih dan mengolah benih mampu menghasilkan jagung dengan warna-warni yang unik.
Jagung ini diberi nama Glass Gem Corn yang merupakan kelainan dari jagung yang normal. Carl Barnes cuba untuk menyilangkan jagung yang mempunyai biji-biji berwarna tersebut. Selama bertahun-tahun Carl terus menyilangkan hingga akhirnya boleh mendapatkan warna berbeza-beza dalam sebatang jagung.
Pada tahun 1994, Barnes bertemu dengan Greg Schoen dalam sebuah majlis pertemuaan antara petani tanaman tempatan dan herba. Mereka berdua kemudian saling bercerita pengalaman mereka dalam pertanian jagung. Minat dan semangat dalam pertanian jagung telah membentuk sebuah ikatan.
Seperti disiarkan oleh Metro, sebelum meninggal, Carl menurunkan formula penyilangan itu kepada Greg Schoen yang kemudian menyerahkan formula rahsia kepada Bill McDorman untuk dibangunkan di nurseri di Arizona. Bill sendiri adalah ketua yayasan yang melindungi warisan pertanian suku asli Amerika.
Saya benar-benar terkejut saat pertama kali melihatnya. Tidak pernah ada yang melihat jagung seperti ini sebelumnya, kata Bill.
Kini rahsia Glass Gem Corn sudah boleh dibeli melalui online dengan harga US $ 7.95 atau sekitar Rm 26.49 per pakej. Meskipun demikian, jagung ini tidak digalakkan untuk dimakan terus , tetapi di syorkan menjadi popcorn atau tepung
No comments:
Post a Comment