Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday, 29 January 2014

Kehebatan Penguin Yang Mungkin Kita Tidak Tahu

Kehebatan Penguin Yang Mungkin Kita Tidak Tahu. kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh penguin yang mungkin tidak dimiliki oleh mana-mana binatang

Penguin sejenis binatang yang sangat comel yang hanya tinggal di kawasan beriklim sejuk. Namun adakah kita tahu kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh penguin yang mungkin tidak dimiliki oleh mana-mana binatang lain dan juga manusia? Jom baca!

TIDAK ada satu pun ciptaan Allah yang sia-sia. Hatta seekor lalat sekalipun mempunyai kelebihan sebagai mana yang disebutkan dalam Al-Quran, surah Al-Hajj ayat 73.
Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya). [22:73]
PENGUIN, adalah haiwan yang hidup di kutub-kutub bumi, di kawasan yang suhunya amat tinggi dalam cuaca yang sangat sejuk. Jauh dari kehidupan manusia, kadang-kadang kita lupa untuk melihat apa hebatnya dalam penciptaan penguin.
Berbicara tentang penguin, kenapa penguin menjadi pilihan di kalangan haiwan-haiwan yang ada di muka bumi Allah ini. Umumnya, kita melihat penguin tidak boleh terbang atau boleh dikatakan terbang dengan cara penguin itu sendiri. Bayangkan seekor penguin kecil terbang, terbang dalam kadar yang tidak begitu tinggi. Namun, masih mampu terbang masuk dan keluar dari laut. Namun, apa yang menarik tentang penguin ini, bagaimana penguin ini mampu memberi contoh kepada kita untuk menjadi seorang murabbi yang sukses.
Untuk seekor penguin betina, ia akan bertelur sebutir telur sahaja.Selepas bertelur, penguin jantan akan mengerami telur itu. Penguin jantan berusaha melaksanakan tugasnya selama 65 hari tanpa bergerak pada suhu serendah minus 30-40 darjah celcius. Apabila anaknya hampir menetas, penguin betina segera akan mencari makanan untuk anaknya itu. Setelah mengeram lebih dua bulan, penguin jantan akan kehilangan sepertiga berat tubuhnya. Setelah telur menetas, bayi penguin akan diletakkan di antara kedua-dua kaki induknya selama satu ke dua bulan. Perlindungan ini amat penting untuk anak penguin kerana anak penguin akan mati sekiranya ia meninggalkan tempat yang hangat ini selama beberapa minit sahaja.
65 hari, penantian selama itu, pasti membosankan bagi manusia. Penguin, haiwan yang patuh kepada tugas yang diilhamkan Allah menjalani pengorbanan ini dengan setia. Allah, yang bersifat Maha Pelindung kepada hamba-hambaNya,maka Dia jualah yang mengilhamkan kepada penguin bagaimana untuk melindungi anaknya ini dengan cara ini.
Sungguh mengagumkan, bagaimana penguin jantan bertanggungjawab melindungi anaknya sehingga anak itu mampu survive atau hidup berdikari. Dalam konteks dakwah dan tarbiyyah, tugas penguin jantan ini samalah ibaratnya dengan tugas seorang murobbi. Adalah merupakan tanggungjawab seorang murobbi itu mendidik ‘anak’nya sehingga anak itu mampu berdikari dan survive dengan persekitarannya. Berdikari yang di maksudkan adalah mampu menangkis jahilliyah yang datang menyerang dalam pelbagai cara dan memahami yang hak dan yang batil. Anak itu perlu fahami tugasnya sebagai abid dan khalifah di bumi Allah.
Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut murobbi itu perlu bersedia untuk berkorban sepertimana penguin jantan berkorban untuk tidak makan selama beberapa bulan. Tidak makan dalam konteks seorang daie bukanlah tidak menjamah makanan, tetapi berkorban mengetepikan keselesaan kita demi membentuk dan membesarkan mutarobbi itu. Kerana tugas murobbi itu, melindungi mutarobbi dari segala fitnah jahilliyah dan persekitaran yang boleh mematikan mereka. Tugas murobbi untuk menempis segala bahaya atau ancaman yang mahu memakan mutarobbi yang kita jaga.
Setiap hamba harus mematuhi arahan tuannya, dengan mematuhi segala perintah dan menjauhi larangan-Nya. Sebagai hamba, kita harus fahami tugas kita sebagai khalifah merangkap murobbi untuk mendidik umat manusia ke arah Islam. Allah telah memilih hambanya sesuai dengan kemampuan hambanya itu. Ayuh, sambut seruan menjadi murobbi sukses, sehebat penguin tadi.

No comments:

Post a Comment