Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 25 July 2013

Amah Bakar Diri Sendiri, Gambar Kurang Sopan Tersebar Di Internet



Akibat kecewa dan sedih gara-gara gambar kurang sopan tersebar di laman sesawang, seorang pembantu rumah warga Indonesia nekad membakar diri di rumah majikannya, jam 11 pagi, di Jemapoh, Kuala Pilah, semalam.
Mangsa bernama Wiji, 45, seorang janda, bekerja di rumah majikannya, Zaharah Abu Bakar, 79, selama dua tahun di Kampung Jemapoh.
Difahamkan, mangsa sebelum ini pernah mengadu gambar tidak senonoh miliknya tersebar di laman sesawang dan melahirkan rasa sedih serta tertekan kerana keluarga di Indonesia telah mengetahui perkara tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, mangsa dinasihatkan untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut namun mangsa menolak.
“Majikannya, Zaharah telah pergi ke dapur untuk bersarapan, namun ketika melintas di bilik air, ternampak api di pintu bilik air lalu menjerit memanggil anak perempuannya, Kamaliah Tajul Arus. 55.
“Majikan nampak badan mangsa telah terbakar dan terlentang di atas lantai. Kemudian Kamaliah cuba memadam api tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana mangsa telah meninggal dunia.
“Pemeriksaan forensik mendapati, anggota badan mangsa telah terbakar 80 peratus dan tidak dapat diselamatkan,” katanya.
Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), untuk dibedah siasat.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, hasil pemeriksaan dari telefon bimbit mangsa mendapati terdapat satu khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar kepada anaknya di Indonesia.
“SMS itu menyatakan jika berlaku apa-apa ke atas dirinya, anaknya harus menjaga diri dengan baik. Berkemungkinan, mangsa membunuh diri kerana tiada kesan pergelutan berlaku dan tiada sesiapa
di tempat kejadian. Bagaimanapun, kes ini diklasifikasikan kematian mengejut,” katanya.
Azmi berkata, berdasarkan daripada keterangan yang diambil dari majikannya, mangsa seorang pekerja yang baik dan tidak memiliki teman lelaki.

No comments:

Post a Comment