Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 25 July 2013

Gurauan Bawa Padah, Usus Bocor Tertusuk Penyapu


Gara-gara gurauan melampau rakan karibnya, seorang pelajar sebuah pondok pengajian agama di Kuala Ibai, Terengganu terpaksa memakai pek membuang najis pada perutnya buat sementara waktu selepas usus di bahagian duburnya bocor akibat tertusuk batang penyapu yang sudah patah, kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika Mohamad Firdaus Zakaria, 14, bergayut pada bingkai pintu asrama tanpa menyedari rakannya memegang batang penyapu terbabit secara menegak di bawah tempat dia bergayut.
Menceritakan kejadian terbabit, menurut Firdaus, sejurus melepaskan tangan pada bingkai pintu berkenaan, dia terjatuh tepat atas batang penyapu itu dipegang rakannya menyebabkan tertusuk ke dalam duburnya.
“Dalam keadaan menahan sakit, saya memegang batang penyapu itu yang masih berada pada punggung dan cuba mencabut.
“Saya terpaksa berusaha selama lima minit sebelum dapat mengeluarkan batang penyapu itu.

No comments:

Post a Comment