Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 23 July 2013

Kerani Jual Mercun, Bunga Api Dari Rumah Dicekup


Seorang kerani syarikat kren ditahan setelah didapati menjual bunga api dan mercun tanpa lesen dalam serbuan pihak polis di sebuah rumah di Taman Nusantara, Nusajaya membabitkan rampasan bernilai RM10,000.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, suspek lelaki berusia 24 tahun itu didapati menjual mercun dan bunga api dari rumahnya sejak kira-kira seminggu lalu menggunakan telefon bimbit.
“Suspek ditahan pada Sabtu lalu dan kita turut merampas 15 jenis mercun yang disorokkan di dalam bilik stor rumahnya.
“Nilai rampasan kira-kira RM10,000 dan dianggarkan dapat dijual dengan keuntungan tiga kali ganda sehingga RM30,000.
“Suspek didapati beroperasi menjual mercun dan bunga api tanpa lesen dan bergiat aktif menjual dari rumah kira-kira seminggu lalu untuk pasaran penduduk tempatan,” katanya dalam sidang media, semalam.
Dalam pada itu katanya, hasil pemeriksaan mendapati suspek mendapat bekalan dari orang tengah melalui pasaran gelap dan polis sedang giat mengesan pihak yang terbabit dalam sindiket itu.
Noor Hashim berkata, suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

No comments:

Post a Comment