Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 30 July 2013

Rotan Tak Siap Kerja Sekolah- Bapa Buat Laporan Polis


BUTTERWORTH – Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah.

Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

“Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak  pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung,” katanya.

Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan memaklumkan kejadian sebenar.

“Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah,” katanya.

Katanya dia membuat laporan polis semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.

“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya. – Bernama

5 comments:

  1. BILA DAH SALAH, KENALAH ADA HUKUMAN. SIASAT BETUL-BETUL. MUNGKIN INI BUKAN KALI PERTAMA ANAK KITA BUAT HAL. JANGAN MENDENGAR SEBELAH PIHAK.

    ReplyDelete
  2. kalau tak rotan lagi teruk pelajar.akibat tak boleh dirotan tengoklah pelajar sekolah sekarang, perangai teruk. macam-macam masalah dalam kalangan pelajar...

    ReplyDelete
  3. parent skang gitulh....mcmna ank nk jd org...cikgu pon payah nk buat kerja dia...kita dulu kene rotan kene cubit...okjer jd pengajran pbuat pedoman sipaya x buat salah lg dlm belajar...ank2 skang..kne sikit dah cabut..nagis...bagi...ntahler....suasana bljr di sekolah sang jauh beza dari dulu...

    ReplyDelete
  4. ha ha ha ha ... aku dulu kena rotan biasa .. kena penampor .. time darjah 4 lagi ngan cikgu , sekolah menengah jangan cerita ... tapi arwah ayah aku siap pesan lagi kat cikgu ... kalau anak saya tak dengar cakap, cikgu boleh hukum dia . em skg dah terbalik ... cubalah si ayah budak perempuan tu duduk tempat cikgu tersebut.
    Alhamdullah skg aku dah jadi orang atas didikan cikgu ... ingat di universiti pensyarah tidak akan mendidik kita seperti di sekolah ..

    ReplyDelete
  5. sayang anak biarla bertmpat, jgn samapai malukan diri sendiri plk. aku dulu selalu gak kene rotan sbb xbt kerja sklh. tp sbb rotan 2la aku dpt degree skrg.

    ReplyDelete