Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 24 August 2013

Alvin, Vivian Fail Mohon Batal Tuduhan Persenda I


Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang didakwa dengan pertuduhan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapi mereka mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan.
Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada Rabu lepas.
Dalam permohonan itu, mereka memohon perintah deklarasi bahawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan adalah tidak konsisten dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta tidak sah di sisi undang-undang.
Pasangan itu juga memohon perintah deklarasi bahawa Seksyen 298A tidak terpakai dan tidak boleh dikuatkuasakan terhadap mereka.

No comments:

Post a Comment