Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 7 August 2013

Bapa Sanggup Lacurkan Anak Kerana Rokok


Akibat ketagihan merokok, seorang bapa tergamak melacurkan anak sendiri semata-mata untuk mendapatkan bekalan rokok.
Kegiatan itu terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Daerah Batu Pahat menyerbu rumah suspek di Kampung Parit Gantung, dekat Batu Pahat, Johor, sempena Ops Ambang Merdeka, malam semalam.
Timbalan Penguat kuasanya, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pihaknya menerima aduan penduduk yang memaklumkan mengenai kegiatan tidak bermoral yang sudah lama dilakukan di rumah tersebut oleh si bapa untuk mendapatkan bekalan rokoknya.
“Susulan maklumat yang diterima itu, kami lakukan serbuan ke rumah berkenaan.
“Keadaan pintu yang tidak berkunci dipercayai bagi memudahkan aktiviti keluar masuk ke rumah itu menyenangkan serbuan dibuat.
“Apabila masuk ke rumah itu, kami dapati anak bongsu suspek yang masih bersekolah di tingkatan lima di sebuah sekolah menengah dekat sini, sedang tidur bersama lelaki di ruang tamu rumah,” katanya.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit adalah kenalan suspek.
Saiful Ariffin berkata, suspek dipercayai menggunakan empat anaknya yang berusia 17 hingga 25 tahun untuk memperoleh bekalan rokok.
“Berdasarkan aduan dan siasatan, kebanyakan lelaki yang mengunjungi rumahnya itu adalah pekerja ladang dan warga Indonesia.
“Semasa serbuan dilakukan, tiga lagi anaknya bersama isteri keluar menyambut Hari Kemerdekaan di sekitar bandar ini,” katanya.
Katanya, pasangan itu akan didakwa di bawah seksyen 27(1) a b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
“Bapa remaja berkenaan turut didakwa dan akan diberi sesi kaunseling,” katanya.

No comments:

Post a Comment