Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 8 August 2013

Cerita Sebenar DiSebalik Misai A. Galak


Menarik : Cerita Sebenar DiSebalik Misai A. Galak 

MISAI melentik memang sudah sinonim dengan pelakon veteran, A.Galak. Imej tersebut membuatkan beliau tampak garang dan bengis.

Namun hakikatnya, pelakon berusia 72 tahun ini seorang yang pemalu tetapi mudah mesra.

Malah, watak yang dibawanya sebagai Sarjan Mejar Hashim dalam drama bersiri Gerak Khas terbitan Skop Production selama 13 tahun ini membuatkan ramai yang beranggapan, A.Galak sebagai polis sebenar di dunia realiti.

Aura polis yang dipegangnya selama itu masih terserlah meskipun sudah dimamah usia.

A.Galak atau nama sebenarnya Zakaria Ahmad mula menapak dalam dunia seni pada usia 20 tahun di mana beliau mengikut ibu dan ayahnya bekerja di Studio Jalan Ampas.

Ibunya, Rokiah Jaafar merupakan seorang pelakon seangkatan dengan Siput Sarawak dan Latifah Omar manakala ayahnya, Jaafar Abdullah pula merupakan orang kuat bagi produksi filem.

Beliau berpeluang bekerja dengan nama-nama besar seperti Tan Sri P.Ramlee, Aziz Jaafar, Ahmad Mahmud, Rosnani Jamil, S.Samsudin dan ramai lagi.

A.Galak bekerja di belakang tabir sebagai pembantu jurusolek dan pelakon pembantu bagi beberapa filem.

“Saya membesar di Jalan Ampas. Ketika itu, ibu saya seorang bintang filem. Antaranya, filem Putus Harapan, Sejoli dan Yatim Piatu.

“Saya pernah menjadi pelakon pembantu untuk filem Ali Baba Bujang Lapok. Saya menjadi salah seorang penyamunnya,” katanya.

Studio Jalan Ampas tutup, bawa diri ke Malaysia

Setelah Studio Jalan Ampas ditutup sekitar tahun 1960-an, A.Galak mengorak langkah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja.

Takdir membawanya bertemu Datuk Aziz Satar dan Datuk Yusof Haslam yang membuka peluang untuk A.Galak menapak dalam industri seni tanah air.

“Rezeki yang membawa saya ke sini dan Aziz Satar serta Yusof Haslam memberi jalan untuk saya mengorak langkah dalam industri ini.

“Walaupun hanya bermula sebagai pelakon tambahan dan kemudian pelakon pembantu, saya tetap bersyukur,” katanya

A.Galak melahirkan penghargaan tidak terhingga kepada Yusof Haslam dan isteri atas peluang yang diberikan kepadanya selama ini.

Tidak semua pelakon mampu bertahan di bawah satu syarikat produksi dalam tempoh terlalu lama. Namun, pemilik Skop Production ini telah mengikat A.Galak selama 13 tahun bagi drama bersiri arahannya, Gerak Khas.

“Saya ada kontrak dengan Datuk Yusof untuk drama Gerak Khas selama 13 tahun. 13 tahun bukan 13 episod.

“Dalam tempoh itu, kami menjadi kawan. Beliau seorang pengarah yang hebat,” katanya yang pernah diberi kepercayaan mengarah drama Debu-Debu Kota Raya dan Remang-Remang Kota Raya.

Disuruh bela misai

Tuntutan watak dalam Roda-Roda Kota Raya menyebabkan A.Galak diminta menyimpan misai melentik.

Ketika itu, Yusof Haslam mahu A.Galak mengikut imej sebenar seorang anggota polis trafik Jalan Bandar yang mempunyai misai melentik bernama Sarjan Senin.

“Sarjan Senin itu watak hidup, jadi, Datuk mahu saya menyimpan misai seperti polis trafik itu.

“Saya turutkan saja ketika itu, lama-lama saya dah terbiasa dengan imej bermisai seperti ini,” katanya yang mengakui misai itu menjadi sumber rezeki baginya.

Ketika ditanya peristiwa menarik yang berlaku ekoran imejnya itu, A.Galak akui tidak menyangka dirinya dianggap polis sebenar di dunia realiti.

“Apabila saya berada di luar Kuala Lumpur, orang jumpa saya, mereka tabik saya. Mereka ingat saya polis.

“Kalau dalam sekatan jalan raya, ada juga polis yang angkat tabik hormat pada saya. Apabila kita berlakon jadi polis, orang ingat kita,” katanya.

Bekerja isi masa lapang

Jika sebelum ini, A.Galak menyara keluarga dengan hasil titik peluhnya berlakon, kini, beliau tidak perlu bekerja keras seperti dulu lagi ekoran kelima-lima anaknya sudah dewasa.

“Sekarang bukan kerja macam dulu. kerja untuk diri sendiri sahaja sebab anak-anak dah besar. Kerja untuk keperluan sendiri dan untuk cucu-cucu.

“Tawaran pun dah kurang sekarang, jadi, saya banyak habiskan masa di kampung,” katanya yang mempunyai tiga belas cucu.-sinar harian 

No comments:

Post a Comment