Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 26 August 2013

COMEL - KUCING "PENJAGA STESEN KERETAPI" DI JEPUN (15 GAMBAR)

Tama The Cat ialah kucing comel yang "bekerja" sebagai penjaga stesen keretapi Kishi, Wakayama Jepun. Kucing berumur 14 tahun ini sudah menjadi penjaga stesen rasmi keretapi ini sejak 2007. Stesen Kishi pada awalnya ingin ditutup kerana kekurangan penumpang. Kisah Tama bermula apabila penjaga stesen keretapi ini, Toshiko Koyama menjaga Tama dan kucing-kucing liar yang berkeliaran di sekitar stesen. Kecomelen Tama yang berbaka Colico ini membuatkan penumpang mula melawat stesen ini dan memberinya makan. Keran kepopularan Tama, jumlah penumpang menaiki keretapi ke Kishi bertambah. Bagi memberi ganjaran kepada Tama, beliau diberikan pangkat penjaga stesen Kishi. Sejak dari hari itu Tama mempunyai sebuah pejabat dan pelawat boleh melihat beliau "bekerja" disini. Pihak pengurusan keretapi juga menghasilkan Tama Densha (keretapi Tama) khas yang dihiasi watak kartun beliau. Rupa stesen Kishi juga diubahsuai untuk kelihatan seperti seekor kucing. Kawaii. Usia Tama sudah meningkat dan pada tahun 2012, Nitama seekor lagi kucing dilantik sebagai apprentice kepada Tama. Tama dan Nitama kini berganti-ganti bekerja secara shift di stesen ini. 






No comments:

Post a Comment