Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 2 August 2013

Dapur Hangus Angkara Along


agal melunaskan hutang, seorang wanita yang juga peniaga berusia 39 tahun bukan saja diburu dan diugut along, tetapi rumahnya di Jalan Budiman, Bandar Tun Razak, turut dibakar kumpulan terbabit, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa yang tidur tiba-tiba tersedar selepas mengalami sesak nafas. Bagaimanapun, mangsa terselamat dan tidak cedera.
Menurut mangsa yang mahu dikenali sebagai Syarifah, semuanya bermula apabila dia yang tidur di biliknya terjaga selepas terhidu asap.
“Saya bergegas keluar dari bilik selepas mendapati rumah dipenuhi asap. Saya membuat pemeriksaan di dapur sebelum mendapati api marak.
“Apabila saya berlari ke ruang tamu, ia turut dijilat api,” katanya, semalam.
Beliau berkata, akibat panik dengan keadaan itu dia menjerit meminta pertolongan.
“Beberapa jiran yang mendengar jeritan saya memecah masuk rumah sebelum berusaha memadamkan api. Lima minit kemudian, sebuah jentera bomba dan penyelamat tiba untuk memadamkan kebakaran berkenaan,” katanya.
Katanya, selepas memeriksa keseluruhan kerosakan dialaminya, dia membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi dengan mengesyaki perbuatan khianat itu dilakukan kumpulan along.
Katanya, dia yang membuat pinjaman RM10,000 daripada dua along percaya kejadian itu berkaitan dengan mereka berikutan kegagalannya untuk membayar ansuran pinjaman RM700 seminggu sejak dua bulan lalu.
Beliau berkata, sebelum kejadian itu, dia menerima beberapa SMS berbaur ugutan selepas kegagalannya membayar pinjaman.
Sumber polis berkata, polis sudah merakam percakapan mangsa dan kini memburu kumpulan along terbabit bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment