Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 5 August 2013

Darah, Nanah Teman Harian Remaja 19 Tahun


Siapa sanggup melihat apabila seseorang mengerang kesakitan, ditambah matanya tersembul dan berdarah tanpa mengira masa.
Namun itu penderitaan terpaksa ditanggung seorang remaja berusia 19 tahun di Pasir Mas.
Ibunya, Rohani Abdullah, 58, berkata, dua hari selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lalu, anaknya, Shafiq pengsan kerana buah pinggangnya pecah.
Kesan daripada itu, Rohani berkata, kuman menyerang tulang belakang sehingga menyebabkan anaknya tidak mampu berdiri dan berjalan.
“Lama-kelamaan, ia menyerang kepala sehingga menolak saraf dan mata kanan sehingga terkeluar daripada tengkorak.
“Shafiq mengerang kesakitan hampir setiap jam, malah nanah serta darah di matanya akan memenuhi pipi.
“Selepas diperiksa, doktor memaklumkan Shafiq juga mempunyai penyakit barah tulang sehingga menyebabkannya kurus seperti sekarang,” katanya.
Rohani berkata, anak bongsu daripada sembilan beradik ini, hanya makan roti untuk mengalas perut kerana tidak mampu menahan sakit setiap kali mengunyah.
Sementara itu, Penyelaras Dun Pengkalan Pasir, Abd Aziz Mohammad berkata, pihaknya memanjangkan bantuan kepada pihak kebajikan dan ia akan diluluskan dalam masa terdekat.
“Bantuan kewangan ini juga akan meringankan beban keluarga, untuk membawa Shafiq ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tiga kali seminggu.
“Kita turut mengusahakan untuk mendapatkan katil bagi keperluan Shafiq agar memudahkan ibunya menukar tiub saluran kencing,” katanya.

No comments:

Post a Comment