Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 22 August 2013

Datuk Siti Nurhaliza Jadi Pemilik Pertama ‘The Istana’ Melbourne


Magna Prima Bhd., pemaju hartanah tempatan hari ini melancarkan projek sulung kediaman di luar negara, The Istana di Melbourne Australia yang menyaksikan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menjadi pembeli pertama unit kediaman itu.
The Istana merupakan pangsapuri kediaman menara tunggal setinggi 25 tingkat terletak di A’Beckett Street, sebuah lokasi di tengah-tengah kawasan pusat perniagaan Melbourne.
Pengarah Eksekutif Magna Prima, Datuk Rahadian Mahmud berkata, nilai pembangunan kasar projek tersebut ialah RM714 juta dan 62 peratus kediaman telah pun dijual kepada pembeli Australia dan antarabangsa.
Manakala bakinya pula dijual untuk rakyat Malaysia dan ekspatriat yang menetap di Australia dengan harga permulaan RM1.1 juta dan ke atas dengan jangkaan siap pada tahun 2014.
“Pelaburan ke atas The Istana merupakan projek sulung kami di luar negara dan sedikit sebanyak mempercepatkan langkah kami untuk meluaskan perniagaan ke peringkat serantau,” kata beliau.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran jualan The Istana yang disempurnakan oleh Siti Nurhaliza di Kuala Lumpur hari ini.
Projek yang dahulunya dikenali sebagai Dynasty Living, dibangunkan di atas tanah 10,800 meter persegi, mengandungi 320 unit kediaman merangkumi unit studio, pangsapuri dua, tiga dan empat bilik tidur dan unit penthouse dua tingkat.
Pertukaran nama kepada The Istana adalah langkah strategik untuk mencerminkan ciri hartanah dan sentuhan Malaysia.
Menurut Rahadian, Australia adalah negara yang popular di kalangan pelabur hartanah disebabkan pasaran hartanahnya yang stabil dan menawarkan pulangan pelaburan yang baik.
Berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Australia kira-kira 3.25 peratus selain disokong oleh peningkatan harga hartanah kira-kira tiga peratus tahun ini.
Beliau menambah, perkembangan semasa menyaksikan ramai rakyat Malaysia mula berminat untuk melabur dan membeli hartanah di luar negara dan kecenderungan ini mula ketara sejak beberapa tahun lalu.
“Kami melihat ramai orang memilih untuk membeli hartanah di luar negara terutamanya di Australia dan United Kingdom kerana kedua-duanya merupakan lokasi pusat pengajian tinggi malah golongan profesional muda Malaysia juga mula berminta untuk melabur ke Australia ketika ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment