Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 20 August 2013

Dua Beranak Maut Kereta Rempuh Pokok


Perjalanan seorang wanita untuk memulakan hari pertama bekerja sebagai tukang masak berakhir tragedi memilukan apabila dia bersama anaknya maut dalam kemalangan di Jalan Mambau-Port Dickson berhampiran Taman Kelab Tuanku, di Seremban, semalam.
Dalam kejadian jam 5.15 petang, Badariah Baba, 55, bersama anak lelakinya, Khairul ‘Aizat Taib, 27, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Jurucakap polis berkata, kereta Proton Satria dipandu Khairul dipercayai hilang kawalan di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat sebelum merempuh pokok.
“Dua beranak itu dipercayai dalam perjalanan ke Seremban 2 dari rumah mereka di Kampung Bemban, dekat sini, untuk menghantar Badariah yang memulakan hari pertama bekerja sebagai tukang masak di sebuah gerai.
“Bagaimanapun, tiba di tempat kejadian kereta dipandu Khairul hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pokok menyebabkan dia tersepit antara pokok dan kereta, manakala Badariah berjaya dikeluarkan orang awam,” katanya.

No comments:

Post a Comment