Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 4 August 2013

Dua Kanak Kanak Lemas di Resort Jalan Beserah, Kuantan


Dua kanak-kanak ditemui lemas di kolam mandi sebuah resort di Jalan Beserah, Kuantan, hanya kira-kira selepas 25 minit bapa mangsa mendaftar masuk ke resort berkenaan. Mangsa, pelajar Sekolah Kebangsaan Lepar Utara 8, Mohd Firdaus Samsol, 7; dan adiknya, Mohd Ridzuan Hakim Samsol, 5, ditemui terbaring di dasar kolam oleh bapa mereka, Samsol Ibrahim, 30-an, kira-kira 12.35 tengah hari semalam.
Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, DSP Kamaruzzaman Jaafar, mereka sekeluarga dari Felda Lepar Utara, Maran baru tiba di sini untuk bercuti di resort tersebut.
“Samsol yang bekerja sebagai penyelia sebuah syarikat, baru sahaja mendaftar masuk ke resort tersebut kira-kira 12.10 tengah hari dan keluar sebentar untuk membeli minuman pada 12.25.
“Samsol keluar dengan menaiki kereta untuk membeli minuman tanpa membawa kedua-dua anak lelakinya. Sepuluh minit kemudian, dia balik dan mendapati anak-anaknya tiada,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Kamaruzzaman berkata, penyelia tersebut bergegas mencari anaknya di sekitar kolam mandi resort terbabit dan tergamam apabila ternampak kedua-dua mangsa terbaring kaku di dasar kolam.
Beliau berkata, mayat Mohd Firdaus dan Mohd Ridzuan dibawa balik ke rumah keluarga mereka di Felda Kemayan, Bera kira-kira 8 malam semalam dan selamat dikebumikan tengah hari tadi.

No comments:

Post a Comment