Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 4 August 2013

Kebakaran 7 Kedai Sederet Di Felda Neram, Kemaman


Tujuh peniaga kerugian kira-kira setengah juta ringgit apabila deretan kedai mereka di Felda Neram 1 musnah dalam kebakaran awal pagi ini.
Kebakaran pada pukul 2.30 pagi itu antaranya memusnahkan kedai runcit, kedai jahit, kedai komputer dan rumah kedai.
Abdul Hadi Ghani, 45, berkata ketika kejadian beliau bersama rakan Mohd Fadzli Abdullah, 30, sedang tidur di bahagian belakang rumah kedainya.
“Saya dikejutkan oleh bunyi seperti mercun meletup dan selepas itu saya lihat api marak membakar sebuah rumah kedai,” katanya yang kemudian mengejutkan semua penghuni untuk menyelamatkan diri.
Peniaga kedai runcit dan kedai jahit, Zawiyah Kadir, 50, pula berkata kesemua tujuh mesin jahit dalam kedainya dan semua dokumen berharga musnah dalam kebakaran itu.


“Saya sekarang masih buntu, tak tahu nak cakap apa, kerugian yang saya tanggung lebih dari RM100,000,” katanya.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh Azhar Jaafar berkata sebuah jentera dengan lima anggota dari balai Cheneh dibantu dua jentera dengan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng, Pahang, mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran.
“Ketika kami sampai, api telah marak membakar deretan rumah kedai dan kami segera bertindak bagi mengelakkan api merebak ke empat unit rumah kedai lagi yang terletak bersebelahan deretan rumah kedai yang terbakar itu.
“Api dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 4.30 pagi,” katanya sambil memberitahu kerugian dianggarkan RM470,000 dan punca kebakaran masih disiasat.
Sementara itu Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Anggota Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turun padang menyampaikan bantuan segera RM1,000 kepada setiap mangsa terlibat.

No comments:

Post a Comment