Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 16 August 2013

Lelaki Pakistan Maut Kena Bom Di Semporna


Seorang lelaki warga Pakistan maut manakala empat rakan senegaranya terselamat selepas sebutir bom dipercayai bom ikan meletup di ruang tamu sebuah rumah di Kampung Air, Semporna semalam.
Dalam kejadian pada pukul 4.20 pagi itu, peniaga kain, Attaulah Hukmat Khan, 35, yang sedang tidur di ruang tamu rumah kayu itu ditemui mati di dalam laut. Rakan-rakannya pula tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd. Firdaus Francis Abdullah berkata, semasa kejadian Attaulah tidur di ruang tamu manakala empat rakannya yang berumur 22 dan 50 tahun tidur di dalam bilik.
“Pemeriksaan awal mendapati hanya terdapat kesan goresan di perut dan dada mangsa, namun polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa,” kata beliau ketika dihubungi semalam.
Menurut Mohd. Firdaus, kesan letupan itu dapat dilihat pada dinding, ruang tamu dan tingkap kaca yang pecah. Lantai yang pecah itu dipercayai menjadi penyebab mangsa tercampak masuk ke dalam laut sebelum mayatnya ditemui.

No comments:

Post a Comment