Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 19 August 2013

Mamat Sepah Sudah Temui Pengganti Fida Ibrahim


Selepas putus cinta denga pelakon Rafidah Ibrahim (Fida), pelawak Mamat Sepah mengakui sudah menemui pengganti dan kini sedang menjalin hubungan dengan seorang pelajar Management and Science University (MSU) bernama Nurul Syafiqa Zakaria, 23.
Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad, berkata, hubungan cinta dengan pelajar yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa itu mula dijalinkan pada setahun lalu.
“Kami berkenalan ketika nama saya jatuh gara-gara kontroversi, bukan ketika hidup senang.
“Kerana Syafiqa juga, saya mendapat semangat baharu untuk teruskan kerjaya di bidang seni ini.
“Alhamdulillah, dia merupakan orang yang sangat istimewa selepas keluarga saya,” katanya.
Tambah Mamat, dia juga mahu memperisterikan Syafiqa secepat mungkin namun perlu menghormati masa dan pelajaran waniata itu yang perlu diselesaikan dahulu sebelum meneruskan harat untuk berumah tangga.
Pada acara Anugerah Lawak Warna yang berlangsung pada Jumaat lalu di Istana Budaya, Mamat buat pertama kalinya mendedahkan Syafiqa kepada umum.

No comments:

Post a Comment