Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 9 August 2013

Menurutnya, selepas berubat dengan dua pakar perubatan tradisional, dia diberitahu lelaki itu menggunakan ilmu hitam dengan mencalitkan minyak dagu mayat pada badannya. Dee bersyukur kepada Allah kerana hasil rawatan tradisional dia semakin pulih dan kini sudah mampu melupakan lelaki berkenaan. Di dunia ini janganlah sesekali kita berkawan dengan makhluk halus kerana dengan meminta bantuan dari alam ghaib akan menyebabkan kita akan terpesong dari agama. Seperti kes-kes di atas, sudah banyak terjadi sebenarnya dan diharapkan kepada para suami supaya sentiasa memperbanyakkan amalan ibadah kepada Allah SWT. Perbanyakkan juga amalan ibadah di dalam rumah. Semoga kita terpelihara dari gangguan syaitan.


Bagi sebahagian orang, hanya menengok ke bawah dari tingkat 15 sudah cukup mengerikan, dan membuat bulu kuduk merinding.

Tapi bagi pemilik sebuah penthouse di Guadalajara, Mexico, kengerian itu adalah sesuatu yang harus dihadapi setiap kali mereka duduk di toilet.

Pasalnya, bilik mandi ini terletak tepat diatas lubang bekas lif setinggi 15 tingkat yang sudah tidak digunakan lagi.

Yang lebih mengerikan lagi, ketika si pemilik melaksanakan aktiviti sehari-hari yang sederhana, seperti menggunakan tandas atau memberus gigi, mereka dapat melihat ke bawah melalui lantai lutsinar dari kaca.

Penthouse mewah ini terletak di atas sebuah bangunan kolonial Mexico tahun 1970-an di Guadalajara. Dan interior dalam rumah ini direka oleh arkitek Hernandez Silva Arquitectos.
Menurut thisiscolossal.com, para arkitek berkata: “Pada awalnya ini bertujuan untuk membina lif kedua, namun tidak pernah dipasang, dan dijadikan tandas dengan lantai kaca yang membuat anda dapat melihat dengan jelas 15 tingkat ke bawah.

Struktur penthouse ini dibina berdasarkan medan dan plat, yang bererti para arkitek boleh mengeluarkan dinding dan mencipta lebih banyak ruang dengan memasang tingkap besar.




No comments:

Post a Comment