Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 16 August 2013

Mufti Perlis Disamun RM30,000 Sewaktu Pulang Beraya


Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya, yang pulang berhari raya ke negeri ini bersama keluarganya disamun dua lelaki bersenjatakan parang yang memecah masuk rumahnya di Jalan Semariang, Kuching hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Supritendan Abang Ahmad Abang Julai berkata kedua-dua lelaki terbabit mengikat Dr. Juanda, isteri dan pembantu rumahnya sebelum menggeledah rumah berkenaan.
Mereka kemudian melarikan barangan berharga benilai kira-kira RM30,000, katanya.
Beliau berkata, kejadian pada pukul 5.30 pagi itu turut menyebabkan isteri dan pembantu rumah mufti berkenaan cedera.
“Polis masih meneruskan siasatan dan pasukan forensik telah dihantar ke rumah itu untuk mengumpul maklumat, termasuk mengenai suspek,” katanya sambil memberitahu bahawa suspek dipercayai masuk ke rumah itu melalui pintu belakang.
Sementara itu, Dr. Juanda, yang berasal dari Mukah dan merupakan orang Sarawak pertama dilantik ke jawatan itu pada 2009, tidak boleh dihubungi untuk mendapatkan reaksi.

No comments:

Post a Comment