Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 21 August 2013

Ngeri! Tukang Masak Kelar Leher Sendiri Tak Dapat Balik Beraya


Misteri seorang pekerja restoran nasi kandar yang berada di dalam tandas terlalu lama terjawab apabila didapati mati dalam keadaan mengerikan.
Dalam kejadian malam semalam, M Muthuraj, 35, warga India yang bekerja sebagai tukang masak ditemui mati dengan lehernya hampir putus dipercayai dikelar.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.05 malam itu, polis mendapat panggilan mengatakan seorang pekerja restoran itu terjatuh dalam tandas dengan pintu berkunci dari dalam.
“Sepasukan anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian untuk memecah pintu tandas berkenaan. Setelah berjaya dipecah, kita menjumpai mayat mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan terlentang atas lantai tandas.
“Mangsa didapati mengalami kecederaan parah di lehernya yang hampir putus dipercayai dikelar. Sebilah pisau pemotong daging turut ditemui,” katanya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai mengelar lehernya sendiri kerana pintu tandas berkunci dari dalam.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian dan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.
“Lelaki yang sudah berkahwin itu bekerja di restoran berkenaan selama empat tahun dan polis menghubungi kedutaan India untuk proses menuntut mayat,” katanya. Mohd Nasir berkata, mangsa bertindak demikian kerana dipercayai tidak mendapat cuti sempena perayaan Deepavali.

No comments:

Post a Comment