Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 4 August 2013

Pelajar 16 Tahun Dipaksa Mengaku Seks Dengan Cikgu


Seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah berasrama penuh di Pendang membuat laporan polis mendakwa dipaksa membuat pengakuan berzina dengan seorang guru sandaran wanita di sekolah itu. 

Laporan itu dibuat pelajar berusia 16 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, di sini, kira-kira jam 3.30 petang semalam selepas pengakuan yang dipaksa dibuatnya itu menyebabkannya menerima kesan, termasuk diberhentikan sekolah. 

Pelajar itu yang hanya ingin dikenali sebagai Wan berkata, dia dipaksa membuat pengakuan itu kira-kira sebulan lalu ketika dipanggil ke sebuah bilik oleh guru disiplin pada 2 Jun lalu. 

Katanya, seorang guru yang ditemui kemudian menuduhnya melakukan hubungan sulit dengan seorang guru sandaran wanita berusia 20-an yang mengajar bahasa Inggeris. Malah, guru itu turut mendakwa mempunyai bukti kukuh mengenai kejadian itu.

“Saya menafikannya dan meminta guru berkenaan menunjukkan bukti, namun guru itu enggan atas alasan ia untuk simpanan sekolah. Guru itu kemudian memberikan saya sehelai kertas dan pen lalu memaksa saya menulis surat pengakuan. 

“Akur dengan arahan itu, saya menulis surat pengakuan dalam keadaan terpaksa, walaupun tidak berpuas hati kerana berasa dianiaya atas tuduhan tanpa bukti itu. 

“Susulan itu, pihak sekolah menghubungi bapa saya dan memintanya datang ke sekolah sebelum saya dimaklumkan digantung persekolahan sehingga 15 Jun lalu,” katanya ketika ditemui.

No comments:

Post a Comment