Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 4 August 2013

Pengantin Baru Maut Kena Tetak Di Johor


Seorang buruh binaan maut, manakala isterinya dikejarkan ke hospital selepas mereka diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, semalam.
Surianto, 35, seorang warga Indonesia, ditetak beberapa kali sementara isterinya, Buchi, 34, cedera ketika cuba membantunya.
Mereka baru berkahwin empat bulan lalu.
Teman serumah mangsa, Sunandi, 39, memberitahu, serangan itu berlaku sekitar jam 5.45 pagi di dalam bilik sewa pasangan terbabit di sebuah rumah kedai di Taman Damai Jaya.
“Kami tinggal di tingkat atas rumah kedai. Waktu itu, Buchi dan saya mahu ke tempat kerja. Kami melihat tiga lelaki duduk dekat pokok di depan pintu keluar.
“Sebaik saja kami buka pintu pagar, kumpulan lelaki itu berlari ke tingkas atas. Surianto ada di atas.
“Selepas itu kami terdengar jeritan Surianto. Buchi lari ke atas untuk menolong suaminya,” katanya.
Sunandi berkata, beberapa minit kemudian, kumpulan lelaki terbabit lari meninggalkan Surianto dan Buchi.
“Ketika pihak berkuasa tiba, Surianto telah meninggal dunia dan Buchi dibawa ke hospital (Hospital Sultanah Aminah). Saya sendiri tidak tahu mengapa Surianto diserang,” katanya.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Nor Hashim Mohamad berkata, polis sedang menyiasat motifnya.
“Kami mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Beliau meminta orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian itu menghubungi polis di talian 07-2212999 atau pergi ke balai berhampiran.

No comments:

Post a Comment