Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 5 August 2013

Penoreh Getah Mati Ditembak Selepas Bersahur


Seorang penoreh getah maut akibat terkena sekurang-kurangnya enam das tembakan di dada, perut dan punggung selepas bersahur di sebuah kedai makan di Kampung Gong Mengkeleh, di Pasir Puteh, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 5.15 pagi itu, mangsa Amirul Tajo Nasir, 40, dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sebelum disahkan meninggal dunia jam 1.20 tengah hari tadi.
Seorang lagi mangsa yang juga pembantu kedai makan, Nor Hadiyana Zakaria, 25, cedera di lutut kaki kanan selepas terkena sedas tembakan dan dilaporkan stabil di HUSM.
Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, selepas Amirul minum di luar kedai berkenaan bersama dua rakan dan membayar harga minuman sambil berbual dengan Nor Hadiyana, muncul sebuah motosikal Yamaha LC warna merah hitam ditunggang dua lelaki berjaket hitam memakai topi keledar.
Katanya, dalam jarak kira-kira dua meter, pembonceng motosikal melepaskan tembakan ke arah Amirul dan turut terkena Nor Hadiyana.
Amirul rebah, manakala Nor Hadiyana berlari masuk ke dalam kedai, manakala dua rakan Amirul sempat menyelamatkan diri.
“Motif kejadian masih disiasat dan suspek sedang dikesan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

No comments:

Post a Comment