Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 24 August 2013

Remaja Maut Terperosok di Bawah Lori


Seorang remaja di sini terbunuh selepas motosikalnya melanggar bahagian belakang sebuah lori yang sarat dengan muatan paip di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, semalam.
 Mangsa yang maut berusia 20 tahun itu, dipercayai mati akibat kecederaan parah di bahagian kepala dalam kejadian yang difahamkan berlaku sekitar jam 10.10 pagi.

Kemalangan itu berlaku di salah satu selekoh kecil di jalan terbabit apabila mangsa dikatakan menuju ke arah Jalan Salim manakala lori terbabit difahamkan menuju ke Kanowit.


Motosikal yang ditunggang oleh mangsa difahamkan merempuh bahagian belakang lori terbabit sehingga menyebabkan mangsa terperosok ke dalam lori itu.

Paramedik yang bergegas ke tempat kejadian mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian selepas beberapa minit ketibaan ambulans di kawasan kemalangan.
Trak tunda yang kebetulan melalui tempat kejadian kemudian membantu mengangkat bahagian belakang lori untuk mengeluarkan motosikal dan mangsa.
Jabatan Bomba kemudian membantu mengeluarkan mayat mangsa.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.
Sehingga berita ini ditulis petang semalam, punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan lagi dan kes masih dalam siasatan.
 

No comments:

Post a Comment