Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 2 August 2013

Warga Emas Maut Dihempap Buah Kelapa Sawit


Seorang pengait kelapa sawit, Yusof Suparman, 66, maut selepas dihempap setandan sawit di belakang rumahnya, lewat tengah hari kelmarin.
Isterinya, Mutiah Badar, 60, berkata, mangsa yang pergi mengait kelapa sawit seorang diri selepas pulang dari surau berhampiran rumahnya, tidak menunjukkan sebarang sikap pelik sebelum kejadian itu berlaku.
Bagaimanapun katanya, tindakan arwah tidak pulang pada waktu tengah hari untuk berehat di rumah seperti biasa membuatkan dia tertanya-tanya.
“Selepas selesai solat Zohor, saya terus ke belakang rumah untuk menjenguk arwah, namun pelik apabila tiada kelibat arwah di kebun. Saya sangka arwah berehat di bangsal di kebun itu sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.
“Namun hati saya tidak tenang seolah-olah ada perkara buruk berlaku. Apabila anak bongsu, Mohd Jaiazri, 27, pulang kira-kira jam 4.30 petang dan mengajak pergi ke bazar Ramadan, saya berat hati untuk pergi,” katanya.
Mutiah berkata, dia mahu menjenguk arwah di kebun sekali lagi sebelum bergerak ke bazar Ramadan, namun ditegah anaknya yang tidak mahu mengganggu ayahnya berehat di bangsal.
Namun katanya, dia tetap berdegil untuk mencari arwah di kawasan kebun dan terkejut apabila melihat arwah terbaring di tepi pokok kelapa sawit.
“Ketika itu saya tidak tahu nak buat apa. Dengan kaki menggigil, saya pulang ke rumah dan memanggil anak yang menunggu di dalam kereta.
“Anak terkejut apabila melihat saya menangis dan terus bergegas melihat arwah dengan lebih dekat. Ketika itu, hanya ALLAH SWT tahu perasaan kami apabila melihat arwah terbujur kaku. Saya lihat darah mengalir daripada kepala arwah dan ketika itu, saya hanya berserah dengan sebarang kemungkinan,” katanya.
Mutiah berkata, Jaiazri cuba menenteramkannya yang terduduk tidak jauh daripada tempat kejadian sebelum menghubungi abang dan kakaknya, ambulans serta anggota polis.
Menurutnya, tidak lama kemudian, penduduk mula memenuhi kawasan kebun.
“Ambulans dan polis sampai kira-kira jam 5 petang sebelum membawa jenazah ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat kerana bimbang kecederaan itu berlaku akibat dipukul objek tumpul.
“Saya dan anak-anak menunggu di hospital sehingga jam 10.30 malam, tetapi ternyata kecederaan arwah akibat dihempap kelapa sawit. Jenazah kemudiannya dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ijok kira-kira jam 11 malam,” katanya.

No comments:

Post a Comment