Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 19 September 2013

Kanak-kanak Empat Tahun Cedera Jatuh Flat


Seorang kanak-kanak berusia empat tahun mengalami kecederaan serius setelah terjatuh dari tingkat tiga flat Perumahan Awam Seri Pahang, Bangsar kelmarin.
Kanak-kanak itu, Muhammad Syahfariz Saiful Nizam, patah tulang bawah mata kanan, rahang sebelah kiri, tangan kanan dan mengalami pendarahan di belakang mata kanan.
Bapa kanak-kanak tersebut, Saiful Nizam, 29, berkata, anaknya kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kini berada dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan.
Menurutnya yang juga seorang orang kurang upaya (OKU) bisu, dalam kejadian jam 2 petang kelmarin, anaknya itu dipercayai sedang bermain dan memanjat di bahagian balkoni sebelum terjatuh di atas atap balkoni tingkat dua seterusnya jatuh terus ke bawah flat.
“Saya terkejut selepas dimaklumkanjiran kerana ketika itu saya sedang bekerja,” katanya.
Difahamkan, ketika kejadian, isterinya, Norshidah, 33, yang juga OKU bisu berada di rumah bersama anak yang lain.
Sementara itu, semalam, Muhammad Syahfariz menerima kunjungan pegawai daripada Pejabat Khidmat Masyarakat BN Lembah Pantai, Shaari Jantan, mewakili Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang, turut menyumbangkan RM300 bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

No comments:

Post a Comment