Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 19 September 2013

Pekerja Kuari Maut Dihempap Jentolak, 2 Terselamat


Seorang pekerja kuari maut manakala dua rakannya terselamat selepas jentolak yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terjunam di sebuah cerun kuari sedalam kira-kira 20 meter di Paku dekat Bau hari ini.
Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi itu ialah pemandu jentolak itu, Thomas Juhin, 41, tetapi rakannya, Cassey Sumen, 24, patah tulang bahu.
Seorang lagi yang turut berada di dalam jentolak itu, Sebastian Sanjit Singh, 44, tidak mengalami sebarang kecederaan setelah melompat keluar dan berpaut di tebing cerun berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Sabri Zainol berkata, semasa kejadian, Thomas yang mempunyai 16 tahun pengalaman bekerja di kuari batu itu membawa dua rakannya yang bertugas sebagai mekanik untuk membaiki sebuah lagi jentera rosak di atas bukit.
“Berdasarkan keterangan mangsa yang selamat, ketika sedang menaiki kawasan cerun, Thomas secara tidak sengaja meneutralkan gear jentolak menyebabkan jentera itu berundur ke belakang menuruni bukit.
“Dia yang panik cuba menarik brek tangan namun tersilap memasukkan gear undur hingga jentera terus bergerak ke belakang dan terbabas lalu terjunam,” katanya.
Menurut Mohd. Sabri, jentolak berkenaan terjunam dan terbalik menyebabkan mangsa dan seorang lagi yang tidak sempat menyelamatkan diri tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.
Katanya, mayat Thomas dibawa ke Hospital Bau untuk bedah siasat manakala Cassey turut dirawat di hospital sama dan dilaporkan stabil. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

No comments:

Post a Comment