Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 12 October 2013

Anak Michael Jackson Kini Papa Kedana

Lagenda penyanyi pop, Michael Jackson merupakan seorang jutawan ketika hayatnya namun selepas kematiannya, tiga anak-anaknya, iaitu Prince, 15, Paris, 14 dan Prince Michael II – yang dikenali sebagai Blanket, sembilan tahun, kini papa kedana.
Ini kerana peguam terpaksa menyelesaikan semua hutang dan pembahagian harta bapa mereka berjumlah 400 juta dolar itu sebelum anak-anak Michael mendapat harta tersebut.
Dianggarkan penyelesaian kes berkenaan akan mengambil masa sehingga lima tahun.


Keadaan ini memaksa budak-budak berkenaan hidup dengan elaun bulanan yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa dan dipantau oleh hakim.
Menurut peguam Michael, Howard Weitzman, walaupun semua hutang-hutang Michael telah dan hampir diselesaikan namun secara dasarnya mendiang masih berhutang.
“Hanya selepas semua hutang termasuk cukai tertunggak diselesaikan, barulah harta itu boleh diagihkan,’’ katanya yang enggan menyatakan berapa baki harta tersebut selepas ditolak semua hutang berkenaan.
Harta berkenaan juga akan diagihkan kepada ibu Michael iaitu Katherine Jackson yang akan mendapat separuh daripada harta berkenaan.
Sebagai penjaga kepada cucunya itu, Katherine langsung tidak menerima sebarang bayaran setakat ini sehingga menyebabkan berlaku pergaduhan dalam keluarga berkenaan.
Walaupun keluarga Katherine mendakwa mereka tidak berebutkan harta tersebut, namun sumber memaklumkan sebaik menerima dana itu, Katherine dilaporkan akan menyerahkan kepada anak-anaknya sendiri.
“Bagi keluarga Katherine, ia adalah situasi yang mengejutkan kerana di atas kertas, Michael mempunyai harta sebanyak $600 juta, namun kenapa mereka tidak mendapatnya,’’ kata sumber itu.
Namun anak-anak Michael akan mendapat manfaat jangka panjang dan bakal menjadi jutawan selepas usia 21 tahun memandangkan bapa mereka 50 peratus pegangan saham dalam catalog The Beatles.

No comments:

Post a Comment