Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 27 October 2013

ANIMASI UPIN DAN IPIN AGENDA TERSEMBUNYI ISRAEL?



Seperti yang kita tahu, kebelakangan ini terlalu banyak mesej-mesej yang tidak bertanggungjawab yang sudah mula tersebar di laman sosial berkaitan dengan hubungan Upin & Ipin dengan USA serta Israel dan kaitan agenda Yahudi di dalam siri animasi ini.
Mesej-mesej ini pula kemudiannya semakin aktif disebarkan kerana ianya seolah-olah telah mendapat kelulusan dari para ulama. Memandang serius terhadap perkara ini, pengarah urusan Les’ Copaque ProductionTn Haji Burhanuddin telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi.
Upin dan Ipin: Sebuah karya untuk anak bangsa kita
Sewaktu kami memulakan syarikat kami pada awal tahun 2006, kami telah mengkaji industri animasi secara menyeluruh di Asia pada umumnya dan Malaysia khasnya. Kami dapati, bahawa program animasi dikuasai oleh animasi dari Barat yang memaparkan budaya dan nilai moral yang bercanggah dengan nilai budaya kita. Tiada sebarang program animasi tempatan yang dapat menjadi sandaran kepada anak-anak untuk dihayati dan dijadikan pengajaran kepada mereka.
penerbit-upin-ipin-tuan-burhanuddin-les-copaque
Oleh kerana itu, syarikat kami berhasrat untuk menerbitkan suatu siri animasi yang dapat dijadikan pengajaran dalam semua aspek untuk anak-anak kita meminati dan membesar dengannya. Kami juga berhasrat memperkenalkan nilai moral yang baik dan budaya kita supaya anak-anak kita dapat menghayatinya dan menjadi orang yang berguna suatu hari nanti.
Dua karakter anak yang kembar telah dicadangkan dan mereka botak kerana kami ingin menjimatkan kos, kerana proses mewarna melibatkan rambut mahal sekali. Sewaktu pemilihan nama, U & I telah dicadangkan yang bermakna awak dan saya. Selepas itu kami beri penambahan pin, pun, pon, pan dan akhirnya penambahan pin di gunakan. Maka terbitlah nama Upin dan Ipin.
Semua kandungan Upin dan Ipin dikawal begitu rapi oleh pihak syarikat, baik dari segi dialog, lakonan dan kandungannya supaya ia dapat memberi manafaat kepada anak bangsa kita dan tidak meninggalkan kesan negatif. Ini adalah sumbangan kami kepada anak bangsa dan Negara.
Syarikat kami adalah seratus peratus dibiayai oleh saya sendiri tanpa menerima bantuan dari luar. Alhamdullilah, sewaktu saya meninggalkan industri minyak dan gas dahulu, Allah telah memberi saya rezeki yang lumayan untuk memulakan perniagaan baru ini.
Pada masa ini, kami telah membangunkan banyak perniagaan dari Upin dan Ipin, seperti restoran, barangan dan sebagainya. Semua perniagaan ini diterajui dan diusahakan oleh orang Melayu dan Islam.
Kita tidak pernah mempunyai hubungan dengan Israel dan tidak terlintas dihati kami untuk menghancurkan umat Islam, malah apa yang kami buat adalah untuk kebaikan anak bangsa kita. Sememangnya kita hidup dalam lingkungan mereka yang mempunyai perasaan hasad dengki sekiranya anak bangsa mereka maju.
Fitnah yang mengatakan kami agen Israel adalah tidak betul dan sengaja diada-adakan oleh mereka yang dengki dan bertujuan untuk menghancurkan perniagaan kami. Oleh itu, kami menyeru semua peminat kami untuk tidak mempercayai fitnah tersebut dan terus menyokong kami. Kami akan tetap berusaha untuk memajukan anak bangsa kita dari semua segi dan menaikkan nama Negara dimata dunia.
Sekian.
Hj. Burhanuddin Md. Radzi
Pengarah Urusan
Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. (1800)

No comments:

Post a Comment