Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday, 5 October 2013

Ashraf Muslim, Wan Sakinah Bersanding Di Ipoh November Ini?

Jika berita yang sedang dibicarakan ramai ini benar belaka, maka rasanya inilah peluang para peminat dunia hiburan untuk melihat pasangan ini bersama di hadapan lensa kamera buat kali pertama — sejak apa sahaja kontroversi yang dicetuskan mereka.
Dalam berdebar menanti kelahiran bayi sulung bersama isteri kedua, Ashraf Muslim khabarnya ketika ini sedang sibuk membuat persiapan untuk mengadakan resepsi perkahwinan di kampung Wan Sakinah di Ipoh, Perak.

Portal hiburan Murai menulis yang pelbagai persiapan sudah pun dijalankan oleh pasangan ini termasuk baju pengantin dan juga pelamin yang bakal disediakan oleh sebuah perancang perkahwinan terkenal — meriah juga nanti agaknya.
Khabarnya juga baru baru ini Ashraf Muslim ada membuat kejutan buat isterinya, Wan Sakinah bersempena dengan ulangtahun kelahiran beliau dengan menikmati percutian ringkas di hotel mewah. Sayang betul ‘kan?

No comments:

Post a Comment