Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 18 October 2013

Azwan Kombos Kantoi Sering Ke Rumah Nad Zainal

Gosip yang mendakwa Azwan Kombos bersekedudukan dengan Nad Zainal di rumah pelakon wanita itu di Ampang, Kuala Lumpur sudah lama kedengaran sejak bulan lalu lagi.

Namun, hanya pada hari ini Azman berkesempatan tampil memberikan respon dan ulasan berhubung isu berkenaan. Aktor popular itu menafikan pernah bersekedudukan dengan Nad Zainal dan menganggap gosip terbaru tersebut sebagai cubaan untuk menjatuhkan popularitinya.
Menurut Azman menerusi portal Gua, dia mengakui memang pernah ke rumah kekasihnya namun hanya dengan tujuan untuk menghantar Nad pulang jika ayahnya tidak dapat mengambil selepas selesai sesi penggambaran.
“Ya, memang saya pernah pergi ke rumah Nad, namun hanya sekadar menghantarnya pulang selepas Nad selesai penggambaran. Itupun jikalau ayah Nad tidak boleh mengambilnya. Saya juga pernah bertandang ke rumah Nad ketika Hari Raya dan untuk makan bersama keluarganya.”
“Jadi, apabila timbul gosip begini rasa tak logik sebab dia tinggal bersama keluarganya dan perkara ini (bersekedudukan) memang tidak pernah terjadi.”

No comments:

Post a Comment