Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 7 October 2013

Balu Allahyarham ASP Zulkifli Selamat Melahirkan Bayi Lelaki


Balu Allahyarham ASP Zulkifli bin Mamat, Nor Aziah Nor, 28 selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 4.07 pagi tadi.
Bayi seberat 3.25 kg itu merupakan anak ketiga pasangan tersebut selepas memiliki dua anak lelaki masing-masing berusia 5 dan 1 tahun.
Arwah Zulkifli terbunuh semasa kandungan Nor Aziah baru berusia beberapa minggu, ketika mempertahankan negara daripada serangan pengganas Sulu dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, awal tahun ini.
Dalam operasi tersebut, enam lagi pegawai dan anggota polis turut terkorban namun serangan pengganas itu berjaya dipatahkan oleh pasukan keselamatan negara.



No comments:

Post a Comment