Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 5 October 2013

Blog Porno: Pelajar Malaysia Berdepan Tindakan Disiplin

Pelajar Malaysia yang memuat naik gambar bogelnya bersama teman wanitanya di blognya bakal berhadapan dengan inkuiri disiplin.
Menurut National University of Singapore (NUS), pemegang biasiswa Asean, mereka telah diberikan surat tunjuk sebab sebelum sebuah jawatankuasa mengambil tindakan lanjut terhadapnya.

The Straits Times of Singapore melaporkan , Jurucakap NUS berkata, Tan yang juga pelajar jurusan undang-undang tidak menerima biasiswa berkenaan kerana dia sedang bercuti.
Tan telah dinasihatkan agar membuang semua gambar dan video yang dimuatnaik sebelum ini.

Jurucakap itu berkata pihak universiti mempunyai proses pemilihan ketat terhadap penerima-penerima biasiswa berdasarkan pencapaian akademik mereka dan pencapaian peribadi.
“Ini bukan memberi bayangan bahawa semua sarjana-sarjana kami seperti dia (Tan).
“Kebanyakannya pelajar-pelajar kami memberi sumbangan yang bermakna terhadap komuniti NUS, “ katanya.

No comments:

Post a Comment