Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 4 October 2013

‘Datuk Seri’ kerjanya hanya sebagai pemandu lori

Seorang lelaki yang kerjanya hanya sebagai pemandu lori, tetapi taktik liciknya menggunakan gelaran palsu ‘Datuk Seri’, berjaya memperdayakan 13 individu sekali gus melakukan penipuan membabitkan kerugian kira-kira RM7.3 juta.

Datuk Seri Drebar Lori Berjaya Tipu RM7.3 Juta

Pembohongan lelaki berusia 49 tahun itu terbongkar apabila Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan JSJK Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara (IPDSPU), melakukan serbuan di sebuah pangsapuri mewah di Kampung Gajah, Butterworth, di sini, Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi, serbuan pada jam 10.20 malam itu hasil risikan dan pemantauan selama sebulan dan pihaknya membongkar sindiket penipuan itu selepas menahan dua lelaki berusia 34 dan 49 tahun serta seorang wanita berusia 42 tahun dipercayai isteri suspek.


Beliau berkata, selain itu, dua wanita warga Indonesia berusia 24 dan 42 tahun tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah serta seorang bayi lelaki berusia dua bulan turut ditahan.

Tambah beliau, modus operandi kumpulan itu sangat licik apabila suspek menyamar sebagai Datuk Seri dan isterinya sebagai Datin Seri yang didakwa diperoleh daripada Sultan Johor, sekali gus memperdayakan mangsa dengan dakwaan mempunyai pelbagai projek perumahan termasuk 100 unit di Taman Setia Bukit Jambul, dekat sini, dan Australia.


“Mereka turut mengaku memiliki dana bernilai RM6.9 bilion yang diperoleh dari Australia selain mengaku mempunyai hubungan rapat dengan Sultan Johor.

“Mereka menyamar pegawai bank dan peguam yang bertauliah,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini semalam.

Dalam pada itu, pihak polis berjaya merampas wang tunai RM361,000, tujuh keping cek bernilai RM7,500, empat kotak barang kemas, empat kalung emas dan tiga rantai emas bernilai RM200,000.

Beliau berkata, turut dirampas pelbagai dokumen termasuk surat arahan pengeluaran wang, surat kebenaran, surat pelantikan dan beberapa akaun bank di atas nama Maria Razal a/l Maridas, beberapa keping cek, kad pengeluaran wang automatik (ATM) serta peralatan menulis.

Katanya, rampasan itu turut babit dua keping replika cek bernilai RM10,000 untuk disumbangkan kepada Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Pulau Pinang (JAKPAW) bertarikh 31 Julai 2013 dan RM30,000 untuk disumbangkan kepada Tabung Wira Lahad Datu pada 17 April 2013.

“Siasatan lanjut mendapati kegiatan penipuan ini dilakukan suspek sejak 2008 dan setakat ini, 13 orang sudah menjadi mangsa dan sehingga kini tiga laporan polis sudah diterima bersabit dengan kegiatan penipuan itu.

“Kelima-lima suspek ditahan reman mulai semalam (kelmarin) hingga 24 September ini, manakala bayi berusia dua bulan yang masih disiasat identitinya itu akan dihantar ke rumah Pusat Jagaan Kanak-Kanak,” katanya.


Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun atau tidak melebihi 10 tahun atau sebatan atau denda.

Abdul Rahim berkata, siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menyamar diri dan Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan juga Akta Penggubahan Wang Haram 2011, ATIPSOM 2007 dan Seksyen 56(1) kerana melindungi pendatang tanpa izin.

No comments:

Post a Comment