Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 25 October 2013

Gambar Bayi Terjatuh Dan Buat ‘Back Flip Dilihat’ Lebih 2 Juta Kali!!


Bayijatuh02-253x300
Seorang ibu di San Clemente, California secara tidak sengaja terlepas genggaman kepada bayinya dalam satu sesi bergambar membuatkan insiden itu satu mimpi buruk tetapi ia menjadi bualan di internet.
Sekeping gambar Elizabeth Cramer kelihatan seperti beliau mencampak bayinya berusia enam bulan Edison ketika cuba bermain-main dengannya supaya bertenang bertukar menjadi saat menakutkan.
Gambar itu diambil pada Ogos lalu juga di San Clemente.
“Kami bermain-main dengannya beberapa kali, tetapi tiba-tiba saya terdengar isteri saya menjerit “Aahhhh!”, kata bapa bayi itu Steve Cramer, 32 tahun kepada laman web GoodMorningAmerica.com.
“Saya pun menoleh dan saya melihat bayi saya Edison melakukan “back flip” sebelum terjatuh di atas belakangnya di atas pasir di tepi pantai itu,” katanya.
Edison bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi menurut bapanya yang juga seorang Pakar Pediatrik, anaknya itu menangis kuat tetapi dia dalam keadaan baik.
Melalui aplikasi Reddit, gambar itu telah mendapat lebih dilihat lebih dari dua juta kali.
Bayi1-565x368

No comments:

Post a Comment